
Empty Page teroka sisi penyesalan menerusi Berdosa
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Empty Page teroka sisi penyesalan menerusi Berdosa (Google News Malaysia (BM), 19:00)
Read the reporting
1 report
Empty Page teroka sisi penyesalan menerusi Berdosa
KUALA LUMPUR: Bukan sekadar meratapi luka selepas dikecewakan, kumpulan pop rock, Empty Page, memilih menyelami sisi penyesalan seseorang yang terpaksa berdepan rasa bersalah selepas melukakan hati insan tersayang menerusi single terbaharu, Berdosa.
Lagu rock alternatif itu menjadi single pertama kumpulan berkenaan tahun ini, hasil ciptaan bersama vokalisnya, Zic; Zac selaku gitaris; dan Alip yang memainkan dram serta terbabit dalam penciptaan lagu.
Berbeza daripada kebanyakan lagu patah hati yang mengangkat perspektif individu terluka, Berdosa mengetengahkan pergolakan emosi seseorang yang menyesali perbuatannya sehingga berasa seolah-olah menanggung dosa selepas menyakiti insan yang disayangi.
Zic berkata, lagu itu tercetus daripada kesedaran bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, namun perlu berani bermuhasabah dan berusaha memperbaiki diri.
"Saya bukanlah orang yang baik. Saya pun pernah sakiti orang tanpa sengaja.
"Tapi sebagai manusia, kita cuba untuk sedar dan muhasabah kelakuan kita, dan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri, walaupun kadangkala kita rasa seperti tidak berhak untuk dimaafkan.
"Lagu Berdosa ini adalah sebuah luahan daripada perspektif itu," katanya yang sentiasa menekankan kejujuran dalam setiap lirik dihasilkan.
Sementara itu, Zac dan Alip mengakui tidak menyangka lagu berkenaan mendapat sambutan sehingga mendorong pendengar berkongsi pengalaman peribadi menerusi ruangan komen di media sosial.
"Kami pun tak sangka sebenarnya ramai yang boleh kaitkan kehidupan mereka dengan lagu ini dan sudi luahkan cerita mereka.
"Tapi kami bersyukur dan sangat menghargai peminat yang sudi mendengar, serta berkongsi cerita mereka dengan kami," kata mereka.
Menurut kedua-duanya, perkongsian pendengar itu memberi makna tersendiri kepada kumpulan berkenaan, sekali gus memperlihatkan bagaimana karya muzik mampu menjadi ruang untuk seseorang meluahkan perasaan dan pengalaman hidup.
Bergerak secara bebas atau independent, Empty Page terus menghasilkan karya sendiri dalam usaha mengukuhkan kedudukan dalam industri muzik tempatan.
Single Berdosa dilancarkan pada 18 September lalu dan boleh didengari menerusi pelbagai platform penstriman muzik, termasuk Spotify dan Apple Music.
Video muzik lagu itu turut menampilkan pelakon, Qistina Rania, dan boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Empty Page.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)19:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.