Malaysian Attention Engine
Live wire
52Polis tahan suspek kes kejar mengejar di PJ49Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat48General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income47World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix43Nahas 11 kenderaan: Pemandu lori positif dadah | Sinar Harian41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption41World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia40General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar40General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar37Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas36Sport : Denmark Open: Kai Wun-Wei Chong Targets Top Ten Ranking
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Fahami perangai manusia dalam peribahasa haiwan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 08:00 MYTLatest activity 10 Oct, 08:00BMconfidence 60%

What happened

KAMBING dan biri-biri tidak pernah mengenal sempadan negara. Namun, manusia di serata dunia ternyata menggunakan kedua-dua haiwan itu untuk menyebut tentang sifat manusia. (Utusan Malaysia, 08:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·4 min read

Fahami perangai manusia dalam peribahasa haiwan

By Uthaya Sankar SB · 10 Oct, 08:00 MYT

KAMBING dan biri-biri tidak pernah mengenal sempadan negara. Namun, manusia di serata dunia ternyata menggunakan kedua-dua haiwan itu untuk menyebut tentang sifat manusia.

Dari kandang di Nusantara hingga padang ragut di Sepanyol, daripada teks klasik di China hingga cerita lisan di negara India, kambing dan biri-biri muncul sebagai lambang kedegilan, kepatuhan, penderitaan, penipuan, bahaya dan tanggungjawab.

Sejak mengenali ruangan Senyum Kambing di akhbar Utusan Malaysia pada usia kanak-kanak, saya turut tertarik untuk mendalami peribahasa dalam pelbagai bahasa dan budaya berkaitan kambing dan biri-biri.

Dalam tradisi Melayu, terdapat ungkapan seperti ‘kambing dikuliti hidup-hidup’ yang menggambarkan kesakitan atau penderitaan yang amat berat.

Gambaran itu keras kerana pembaca tidak perlu diberitahu apa yang dirasakan.

Kambing yang kulitnya dikupas ketika masih hidup menjadi gambaran penderitaan yang tidak tertanggung. Bentuk seumpamanya juga terdapat dalam tradisi Aceh. M. Jayakumary di Utusan Malaysia (15 Mei 2024) turut memulakan rencananya dengan peribahasa ini.

Bahasa Tamil pula ada peribahasa yang lebih sinis iaitu ‘serigala menangis kerana kambing basah’. Maknanya, seseorang yang mempunyai niat tersembunyi berpura-pura bersimpati terhadap orang yang sedang menjadi mangsa.

Peribahasa ini memang direkodkan dalam himpunan peribahasa Tamil di mana bentuk asal menggunakan kata yang merujuk kambing atau biri-biri.

Sindirannya tajam kerana tentulah serigala tidak menangis kerana kasihan. Sering juga digunakan untuk menyindir sikap politikus yang kononnya ambil berat tentang penderitaan orang ramai.

Dalam budaya Sepanyol, peribahasa ‘kambing sentiasa menuju ke gunung’ membawa makna seseorang lazimnya bertindak menurut asal, tabiat atau sifat semula jadi.

Walaupun kecenderungan kambing menuju tempat tinggi menjadi asas kiasan, peribahasa ini sering bernada negatif, terutamanya apabila merujuk kecenderungan buruk seseorang.

Budaya Cina memberikan beberapa contoh peribahasa yang sangat kaya.

‘Biri-biri hilang, kandang dibaiki’ bermaksud sesuatu kesilapan masih boleh diperbetulkan jika tindakan segera diambil untuk mengelakkan kerugian seterusnya.

Ini bukan sekadar perumpamaan tanpa sejarah. Saya pernah membaca kisah menteri bernama Zhuang Xin menasihati Raja Xiang dari Wilayah Chu di China supaya memperbaiki pentadbiran selepas bencana berlaku.

Nasihatnya amat jelas iaitu kehilangan kambing sudah berlaku tetapi belum terlambat untuk membaiki kandang.

Satu lagi peribahasa ialah ‘tubuh biri-biri, kulit harimau’ bagi menggambarkan orang yang kelihatan gagah tetapi sebenarnya lemah.

Perumpamaan ini dikaitkan dengan karya berjudul Fa Yan oleh ahli falsafah Dinasti Han bernama Yang Xiong.

Makna peribahasa ini lahir daripada gambaran makhluk yang memakai kulit harimau tetapi tetap bertindak seperti biri-biri apabila melihat rumput dan tetap takut apabila melihat serigala.

Sesungguhnya, kulit boleh menipu mata tetapi sifat dalaman sukar disembunyikan.

Turut terkenal dalam tradisi Cina ialah peribahasa ‘menggantung kepala biri-biri tetapi menjual daging anjing’. Maksudnya, seseorang mempamerkan sesuatu yang baik sebagai umpan tetapi sebenarnya menawarkan sesuatu yang lain.

Agak menarik kerana saya pernah membaca cerita tradisional dari negara China yang mengisahkan perbuatan menggantung kepala lembu tetapi menjual daging kuda. Mungkin kemudian bertukar kepada gambaran biri-biri dan anjing. Namun, mesej tentang perbuatan menipu tetap jelas.

Dalam bahasa Hindi dan Urdu di negara India, ada peribahasa ‘sampai bila ibu kambing akan berasa selamat?’ yang membawa makna manusia tidak dapat melarikan diri daripada takdir atau akibat perbuatannya.

Maksudnya jelas iaitu penjahat akhirnya pasti menerima hukuman. Namun, tidak pasti mengapa watak ibu kambing digunakan. Mungkin kerana kambing pasti akan dikorbankan apabila tiba masa.

Dalam sebuah karya dari Taiwan, saya pernah membaca peribahasa ‘biri-biri masuk ke mulut harimau’ bagi menggambarkan seseorang memasuki keadaan berbahaya dan hampir tanpa harapan untuk selamat.

Peribahasa ini juga ada dalam karya drama Dinasti Ming di China. Biri-biri menjadi lambang manusia yang berhadapan dengan kuasa pemangsa.

Bahasa Inggeris mempunyai ungkapan ‘biri-biri hitam’ yang merujuk anggota keluarga atau kelompok dianggap berbeza dan memalukan. Bayangkan seekor biri- biri hitam di tengah kawanan biri-biri putih. Namun, ia bukan soal warna tetapi menjadi lambang penyimpangan sosial atau individu yang dianggap memalukan keluarga atau komuniti.

Peribahasa ‘serigala berbulu biri-biri’ yang mudah kita kenal melalui cerita dongeng Aesop merujuk manusia yang kelihatan baik tetapi menyembunyikan niat jahat. Ungkapan itu ada dalam kitab agama Kristian dan kemudian berkembang menjadi ungkapan umum untuk merujuk penipu dan manusia berbahaya yang menyamar sebagai orang baik.

Bahasa Inggeris juga mempunyai ungkapan ‘memisahkan biri-biri daripada kambing’ iaitu membezakan orang baik daripada orang jahat. Ungkapan ini juga sebenarnya berasal daripada kitab agama dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati serta mampu membezakan sesuatu yang kelihatan hampir serupa.

Daripada beberapa contoh peribahasa di atas, satu perkara menjadi jelas. Sebenarnya, kambing dan biri-biri tidak menjadi subjek utama. Sebaliknya, kita menggunakan kambing untuk bercakap tentang tabiat yang sukar diubah, biri-biri untuk lambang kepatuhan dan kerentanan, serigala untuk pemangsa licik, serta kulit harimau simbol kepura-puraan.

Peribahasa merentas bahasa, budaya dan negara membuktikan hakikat walaupun manusia berbeza sejarah, agama dan adat, kita mengenal pasti kelemahan yang sama, lalu menggunakan kambing dan biri-biri sebagai simbol untuk menyampaikan pesanan, peringatan dan amaran.

HAIWAN JADI CERMIN MANUSIA

Walaupun kini kita rata-rata tidak lagi hidup dikelilingi kambing dan biri-biri, namun perlambangan yang diwujudkan generasi silam tetap menjadi panduan menerusi ketajaman fikiran dan pemerhatian.

Haiwan menjadi cermin dan manusia menjadi wajah yang dipantulkan. Apabila kita ketawa kepada kambing yang degil, biri-biri yang tersesat atau serigala yang berpura-pura menangis dalam cerita rakyat dan peribahasa, kita sebenarnya sedang mentertawakan kejahilan diri sendiri.- UTUSAN

PENULIS ialah pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan).

The post Fahami perangai manusia dalam peribahasa haiwan appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:28 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
10 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    08:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.