
Firefly batal semua penerbangan berjadual Subang-Singapura dari 10 hingga 12 Oktober
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SINGAPURA: Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar di Singapura dari 10 hingga 12 Oktober sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan berikutan keadaan cuaca dan jerebu. (Berita Harian, 16:19)
Read the reporting
1 report
Firefly batal semua penerbangan berjadual Subang-Singapura dari 10 hingga 12 Oktober akibat jerebu
SINGAPURA: Firefly membatalkan semua penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar di Singapura dari 10 hingga 12 Oktober sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan berikutan keadaan cuaca dan jerebu.
Dalam satu makluman, syarikat penerbangan itu berkata pembatalan berkenaan membabitkan enam perkhidmatan harian, iaitu FY3122 dan FY3123, FY3124 dan FY3125, FY3126 dan FY3127, FY3128 dan FY3129, FY3130 dan FY3131, serta FY3132 dan FY3133.
"Penumpang yang terjejas sedang dihubungi dan ditempatkan semula dalam penerbangan Malaysia Airlines yang tersedia menerusi laluan Kuala Lumpur-Singapura, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.
"Penumpang yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan menerusi penerbangan yang dijadualkan semula layak menerima bayaran balik penuh, yang akan dikreditkan semula ke kaedah pembayaran asal dalam tempoh 30 hari bekerja," menurut makluman bertarikh 10 Oktober itu.
Syarikat penerbangan berkenaan berkata pihaknya turut memantau perkembangan dengan teliti susulan keadaan cuaca yang terus berubah.Pihaknya menambah, maklumat terkini mengenai jadual penerbangan akan disampaikan secara langsung kepada pelanggan yang terjejas.
-BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.