
FWD raikan 20 tahun Al Isra’ Group
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: FWD Malaysia Holdings Sdn. Bhd. (FWD) meraikan kekuatan rangkaian agensinya sempena ulang tahun ke-20 Al Isra’ Group (AIG), kumpulan agensi di bawah FWD Takaful yang telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama dua dekad. (Utusan Malaysia, 18:32)
Read the reporting
1 report
FWD raikan 20 tahun Al Isra’ Group
PETALING JAYA: FWD Malaysia Holdings Sdn. Bhd. (FWD) meraikan kekuatan rangkaian agensinya sempena ulang tahun ke-20 Al Isra’ Group (AIG), kumpulan agensi di bawah FWD Takaful yang telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama dua dekad.
Pengendali takaful keluarga terkemuka negara, FWD berkata, pencapaian itu menandakan tempoh 20 tahun AIG menyantuni pelanggan dan menyumbang kepada perkembangan industri takaful di seluruh negara.
Menurut FWD, pencapaian itu turut mengiktiraf sumbangan kolektif para pengasas, pasukan kepimpinan, rakan agensi, wargakerja serta pelanggan AIG yang menyokong aspirasi syarikat untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap takaful.
Katanya, pihaknya akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan nilai cadangan agensi, melahirkan generasi baharu pemimpin agensi serta memperluaskan peluang mendapatkan perlindungan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Malaysia, Aman Chowla berkata, pencapaian tersebut mencerminkan visi, kecekalan dan dedikasi pemimpin AIG, selain membuktikan peranan penting model agensi dalam perjalanan FWD di negara ini.
“Barisan agensi kami kekal sebagai nadi kepada cara kami berkhidmat kepada pelanggan. Kami komited untuk terus melabur dalam kejayaan mereka melalui penyediaan alat, keupayaan dan peluang yang diperlukan untuk berkembang maju dalam persekitaran yang semakin dinamik,” katanya. – UTUSAN
The post FWD raikan 20 tahun Al Isra’ Group appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia18:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.