
Gamuda, Kerajaan Negeri Perak meterai perjanjian bekalan air
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd hari ini mengumumkan perjanjian untuk melaksanakan Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri Perak, Khazanah Air Perak Sdn Bhd (KAP) dan Prasarana Air dan Irigasi Perak Sdn Bhd (PAIPP). (Berita Harian, 22:15)
Read the reporting
1 report
Gamuda, Kerajaan Negeri Perak meterai perjanjian bekalan air
KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd hari ini mengumumkan perjanjian untuk melaksanakan Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri Perak, Khazanah Air Perak Sdn Bhd (KAP) dan Prasarana Air dan Irigasi Perak Sdn Bhd (PAIPP).
KAP ialah syarikat usaha sama 50:50 antara Gamuda dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), manakala PAIPP adalah anak syarikat milik penuh KAP.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Gamuda memaklumkan di bawah perjanjian NPWSS itu, kerajaan negeri akan melantik KAP dan PAIPP untuk membangunkan, mengendalikan dan menyelenggara NPWSS, dengan PAIPP bertanggungjawab terhadap skop kerja loji rawatan air (WTP), manakala KAP bertanggungjawab ke atas skop kerja sumber air.
"Perjanjian NPWSS itu merasmikan pelantikan PAIPP sebagai pengendali WTP untuk melaksanakan Skop Kerja WTP, termasuk hak untuk mengambil air mentah bagi WTP Fasa 1 dan peranan KAP dalam skop kerja sumber air," tambahnya.
NPWSS adalah projek nasional dan inisiatif strategik kerajaan negeri serta kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang berlarutan bertujuan untuk pengairan, kegunaan domestik dan perindustrian di wilayah utara Perak.
Ia direka untuk menyalurkan sehingga 1,500 juta liter sehari (MLD) air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah, dengan 500 MLD diperuntukkan bagi memenuhi keperluan pengairan segera di utara Perak.
Baki sebanyak 1,000 MLD pula bertujuan memenuhi permintaan air bagi kegunaan domestik dan perindustrian di Perak, termasuk membekalkan air terawat ke Fasa 2 Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), manakala lebihan air akan dijual sebagai air terawat kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP). - BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian22:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.