
Gamuda Land lakar sejarah, lancar hotel terbesar rangkaian ASAI
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BANTING: Gamuda Land melakar sejarah tersendiri menerusi pembangunan dan pembukaan hotel sulungnya ASAI Gamuda Cove, di sini, sekali gus menjadi projek hartanah terbesar di bawah jenama ASAI selepas Melaka, Jepun dan Thailand. (Berita Harian, 15:31)
Read the reporting
1 report
Gamuda Land lakar sejarah, lancar hotel terbesar rangkaian ASAI
BANTING: Gamuda Land melakar sejarah tersendiri menerusi pembangunan dan pembukaan hotel sulungnya ASAI Gamuda Cove, di sini, sekali gus menjadi projek hartanah terbesar di bawah jenama ASAI selepas Melaka, Jepun dan Thailand.
Pengurus Besar ASAI Gamuda Cove, Muhamad Buhari Muhamed Yusof, berkata hotel berkapasiti 280 bilik itu yang dibangunkan di kawasan seluas 755.14 hektar dan kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan model 'ASAI Tropical' dan diperluas oleh Dusit International sebagai destinasi berasaskan alam semula jadi.
"Sebagai hartanah pertama yang memperkenalkan konsep 'Live Local', ASAI Gamuda Cove dilengkapi persekitaran berasaskan alam semula jadi Paya Indah Discovery Wetland termasuk pengalaman aktiviti luar, premis makanan dan tawaran komersial sebagai sebahagian daripada penginapan.
"ASAI sentiasa berusaha menghubungkan tetamu dengan elemen tempatan di sekeliling mereka, di ASAI Gamuda Cove hasrat berkenaan dapat direalisasikan dengan menonjolkan elemen itu sebagai ekspresi baharu di Malaysia," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran hotel berkenaan di ASAI Gamuda Cove, di sini.
Turut hadir, Duta Besar Thailand ke Malaysia, Lada Phumas; Naib Presiden (Operasi, Pengoptimuman dan Projek Khas) Dusit International, Aloysius Michael dan Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Wong Siew Lee.
Mengulas lanjut, Muhamad Buhari yang turut dikenali sebagai Bob Yusof berkata, langkah itu membolehkan pihaknya menawarkan kelainan berbanding hartanah di kawasan bandar, namun kekal mempertahankan elemen mesra dan inklusif yang menjadi teras keutamaan jenama ASAI.
Katanya, gabungan itu secara tidak langsung memberi lebih banyak pilihan dan kelebihan kepada orang ramai untuk tinggal lebih lama, meneroka lebih banyak tempat dan merasai pelbagai aspek berbeza di Gamuda Cove.
"Terletak bersebelahan Paya Indah Discovery Wetlands seluas 450 hektar yang diuruskan menerusi perjanjian tiga pihak bersama kerajaan Persekutuan dan Selangor, hotel ini memberi peluang kepada tetamu menerokai keindahan alam semula jadi air tawar serta hidupan liar tempatan.
"Kawasan persekitaran perbandaran berkenaan turut dilengkapi pelbagai daya tarikan lain termasuk Wetlands Arboretum seluas 36.4 hektar, Taman Tema Air SplashMania dan Discovery Park yang menawarkan pengalaman rekreasi berteraskan keluarga," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Gamuda Cove turut menyediakan rangkaian trem elektrik yang menghubungkan pelbagai destinasi alam semula jadi, rekreasi dan komersial terpilih di seluruh kawasan berkenaan bagi memudahkan pergerakan pengunjung.
Katanya, hotel berkenaan terbukti memperkukuh portfolio rekreasi dan gaya hidup di kawasan Gamuda Cove selepas mula menyambut tetamu pertama ketika prapembukaan pada 15 Sept lepas dengan sambutan yang menggalakkan.
Fasiliti utama yang disediakan di hotel berkenaan merangkumi kolam renang infiniti menghadap Paya Indah Discovery Wetland, gimnasium, ruang kerja dan mesyuarat serta tiga premis sajian termasuk restoran Nasi & Khao, The Tea Shop dan Pool Bar.
-BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.