Malaysian Attention Engine
Live wire
43Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF37Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games36Business : Malaysia Records Highest Economic Freedom Score Since 1970 - CME358 pakej Pan Borneo Sabah sepanjang 177km dibuka berperingkat tahun ini - Joachim34World : Microsoft Leaves UK Data Centre Project Due To Lack Of Power Supply - Reports33World : Russian, Iranian Foreign Ministers Hold Talks In Tehran33Singapura ikrar tindakan undang-undang lebih tegas terhadap syarikat terlibat jerebu32'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat32Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare31General : MP Allocations, Foreign Nationals Among Key Issues In 2027 Budget Debate31Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan31Polis Indonesia sahkan penglibatan pihak asing dalam 98 kes kebakaran hutan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Gementar kali pertama mandikan jenazah, Ustaz Najmi bertugas sambil berbakti

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 20:51 MYTLatest activity 19 Oct, 20:51BMconfidence 60%

What happened

Gementar kali pertama mandikan jenazah, Ustaz Najmi bertugas sambil berbakti (Harian Metro, 20:51)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Gementar kali pertama mandikan jenazah, Ustaz Najmi bertugas sambil berbakti

By Redzuan Muharam · 19 Oct, 20:51 MYT

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Gombak: Usianya baru 24 tahun, namun anak muda ini sudah memikul amanah sebagai imam, guru al-Quran, pegawai masjid hingga menguruskan jenazah.

Muhammad Najmi Hakimi Nazarudin atau Najmi berkata, peluang itu diperoleh selepas menjalani latihan industri di Masjid Al-Khairiyah dekat Taman Sri Gombak, di sini.

Katanya, selepas tamat latihan industri dan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Politik di Universiti Malaya (UM) akhir tahun lalu, dia ditawarkan sebagai pegawai di masjid berkenaan.

Sebagai graduan, Najmi tentunya bersyukur dengan kepercayaan diberi kerana tawaran itu juga memberi peluang untuknya bergelar imam, pemandi jenazah serta guru al-Quran selepas menerima tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berkongsi pengalamannya, Najmi berkata, dia tiada masalah menyesuaikan diri terutama sebagai imam kerana sudah diberi kepercayaan mengimamkan solat selain memimpin kuliah, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat di masjid.

"Di samping itu, saya dapat juga pengalaman menjadi sukarelawan program menyantuni gelandangan dan asnaf.

"Tapi pengalaman agak mendebarkan adalah apabila diberi tanggungjawab sebagai pemandi jenazah kerana kali pertama melakukannya.

"Mulanya memang gementar dan jujurnya ada perasaan takut... tugas itu pun banyak bermain dengan emosi kerana perlu berdepan dengan ahli keluarga si mati yang masih berduka.

"Tapi bila faham tugas itu adalah tuntutan dalam fardu kifayah, saya anggap ia sebagai amanah. Tunjuk ajar orang masjid dan keluarga si mati juga memberi keyakinan kepada saya untuk melakukannya," katanya kepada Harian Metro.

Menceritakan rutin hariannya, Najmi berkata, tugasnya bermula sebagai imam solat Subuh di masjid.

Selesai solat, Najmi akan memulakan kelas mengaji al-Quran secara fizikal dan dalam talian.

"Ada waktunya, saya perlu menghadiri mesyuarat program anjuran masjid antaranya tahlil juga doa selamat.

"Pada masa sama, saya perlu bersedia jika ada panggilan untuk menguruskan jenazah dan disebabkan itu saya buat jadual harian kerana pengurusan masa sangat penting.

"Memang penat tapi kepuasannya adalah apabila dapat bantu masyarakat mendekati masjid dan jadikan masjid sebagai pusat penyatuan ummah," katanya.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, setiap tugasan diberi dan dilakukan memberi kepuasan berbeza buatnya.

"Keseronokan sebagai guru mengaji al-Quran adalah apabila melihat anak murid yang dulunya buta huruf boleh membaca dengan lancar selain melihat kejayaan mereka yang menang pertandingan tilawah al-Quran.

"Manakala kepuasan menguruskan jenazah pula apabila dapat ketenangan selepas membantu menyempurnakan urusan terakhir saudara sesama Islam yang meninggal dunia sebelum dikebumikan walaupun tiada pertalian darah dengan si mati.

"Pernah juga terhidu haruman wangi ketika memandikan jenazah dan saya anggap ia pengakhiran yang baik buat si mati serta pendorong untuk terus melakukan kebaikan supaya meninggal dunia dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik)," katanya.

Buat masa ini, Najmi meneruskan kerja seperti biasa dan bakal menyambung pengajian Sarjana Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, tugasan di masjid akan diteruskan dan perancangan seterusnya adalah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi.

"Sambil belajar, saya akan teruskan kerja di masjid cuma kena pandai bahagikan masa.

"Jika ada rezeki, saya nak menjadi ahli psikologi kerana itu cita-cita saya dan berharap impian itu tercapai satu hari nanti.

"Apa pun, saya bersyukur kerana dapat menimba pengalaman hasil kepercayaan diberi oleh pihak masjid dan sangat menghargai peluang itu," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow21:00
Latest 21:41 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 20:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    20:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.