
Hakim Danish terjatuh pada sesi Kelayakan 1 GP Indonesia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli terpaksa mengharungi sesi Kelayakan 1 (Q1) bagi memburu slot ke Kelayakan 2 (Q2) Grand Prix (GP) Indonesia selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok 14 pelumba terpantas pada sesi Latihan, hari ini. (Berita Harian, 15:20)
Read the reporting
1 report
Hakim Danish terjatuh pada sesi Kelayakan 1 GP Indonesia
KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli terpaksa mengharungi sesi Kelayakan 1 (Q1) bagi memburu slot ke Kelayakan 2 (Q2) Grand Prix (GP) Indonesia selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok 14 pelumba terpantas pada sesi Latihan, hari ini.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu berdepan detik sukar apabila terjatuh ketika sesi berkenaan, sekali gus menjejaskan usahanya untuk memperbaiki catatan masa.
Hakim Danish hanya sempat melengkapkan lapan pusingan dengan catatan terbaik 1 minit 38.350 saat (s) yang dilakukannya pada pusingan ketiga.
Catatan itu menyaksikan pelumba negara berkenaan menamatkan sesi di kedudukan ke-18 keseluruhan, sekali gus memaksanya beraksi dalam Q1 esok bagi merebut peluang ke Q2.
Sesi Latihan di Litar Mandalika itu dikuasai pelumba Liqui Moly Dynavolt Intact GP, David Almansa, yang mencatat masa terpantas 1:37.169s.
Pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Team, Maximo Quiles, muncul kedua terpantas dengan catatan 1:37.257s, manakala Matteo Bertelle daripada pasukan Level Up-MTA menduduki tempat ketiga menerusi masa 1:37.427s.
Perlumbaan GP Indonesia dijadual berlangsung Ahad ini, dengan Hakim Danish perlu memanfaatkan sesi kelayakan esok untuk memperbaiki kedudukan dan memastikan peluang bermula dari petak yang lebih baik.
Setakat ini, Hakim Danish menduduki tangga ketujuh keseluruhan dalam kedudukan kejuaraan Moto3 dengan mengumpul 105 mata.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.