
Hari Roti Sedunia: Gardenia kongsi rezeki dengan rider
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Hari Roti Sedunia: Gardenia kongsi rezeki dengan rider (Harian Metro, 07:04)
Read the reporting
1 report
Hari Roti Sedunia: Gardenia kongsi rezeki dengan rider
suliati@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ketika orang ramai menunggu makanan yang dipesan tiba di depan pintu, ada pekerja gig yang menghabiskan sebahagian besar masa di jalan raya, berdepan pelbagai cabaran demi memastikan setiap penghantaran berjalan lancar.
Di sebalik kesibukan itu, mereka adalah wira harian yang tidak pernah mengenal penat, terus berkhidmat demi memenuhi keperluan masyarakat yang bergantung pada perkhidmatan penghantaran.
Sempena Hari Roti Sedunia pada 16 Oktober, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) bersama stesen radio Hot FM mengambil inisiatif mengagihkan 10,000 roti kepada pekerja gig menerusi kempen Hot Roti Mendonia Bersama Gardenia.
Pengurus Kanan Pemasaran & Pembangunan Perniagaan Gardenia Bakeries (KL), Ena Suhaila Abas berkata, kempen itu dilaksanakan sebagai tanda penghargaan terhadap pekerja gig yang gigih menjalankan tugas setiap hari bagi memastikan kelancaran urusan dan keperluan masyarakat.
Menurutnya, usaha itu juga mencerminkan komitmen Gardenia untuk mendekati komuniti serta menyemarakkan semangat kebersamaan dengan golongan yang sentiasa berada di lapangan demi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
"Sempena Hari Roti Sedunia pada tahun ini, kami bersama team Hot FM, membawa semangat Sentiasa Bersamamu kepada komuniti yang selalu bergerak dan berkhidmat untuk masyarakat menerusi Kempen 'Hot Roti Mendonia Bersama Gardenia'.
"Kita selalu melihat rider-rider bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain, berdepan cuaca hujan mahupun panas, kesesakan jalan raya bagi memastikan pesanan sampai kepada pelanggan. Tetapi siapa pula yang memberikan makanan kepada mereka?
"Jadi kami merasakan Hari Roti Sedunia adalah masa yang sesuai untuk kita berhenti seketika dan menghargai jasa mereka," katanya.
Ena berkata, idea memberikan roti kepada pekerja gig tercetus apabila beliau memikirkan keadaan golongan itu yang banyak menghabiskan masa di luar untuk bekerja.
"Sebagai pekerja Gardenia Bakeries KL sendiri, hari-hari pergi kerja diberikan makanan, makan pagi, makan tengah hari, makan malam juga.
"Jadi terfikir kat situ, rider ni, mereka selalu di luar, bekerja. Ada yang kita dengar daripada pagi sampai malam tak sempat nak makan.
"Dari situlah timbul idea untuk Gardenia berkongsi rezeki dengan komuniti, khususnya pekerja gig, sebagai tanda penghargaan terhadap usaha mereka," katanya.
Inisiatif selama sehari yang turut disertai penyampai radio serta kru Hot FM di empat lokasi iaitu Selangor, Pahang, Johor dan Pulau Pinang itu bukan sekadar mengagihkan roti, malah bertujuan menceriakan pekerja gig yang sentiasa berada di lapangan bagi memenuhi keperluan masyarakat.
Selain roti, pek makanan sarapan turut disediakan, manakala 150 pekerja gig terawal di setiap lokasi menerima wang tunai.
Dalam pada itu, Ena turut mengingatkan pekerja gig supaya tidak mengabaikan sarapan sebelum memulakan tugas kerana mereka memerlukan tenaga untuk bekerja.
"Kalau tak sempat nak makan berat, saya rasa roti PUAZZ! Sambal Bilis adalah sarapan yang paling ringkas dan cepat. Boleh makan dan minum air.
"Jangan lupa bersarapan sebelum mula bekerja supaya ada tenaga untuk menjalankan tugas.
"Ada masa lebih, bolehlah sediakan sandwic ringkas menggunakan roti buku Gardenia sebagai alas perut sebelum meneruskan kerja," katanya.
Selain pengagihan roti, Hot FM turut mengetengahkan pengalaman dan kisah sebenar pekerja gig menerusi siaran radio serta platform digital bagi memberi ruang kepada golongan itu berkongsi cabaran ketika menjalankan tugas.
Pekerja gig, Rosli Abd Rahim, 50, berkata pemberian itu cukup bermakna dan menganggap ia sebagai tanda golongan seperti mereka turut dihargai.
"Alhamdulillah, ada pihak yang memandang kami sebagai orang penting juga dalam kerja-kerja macam ni.
"Kadang-kadang rider tak sempat makan. Ada kalanya makan roti atas motosikal untuk alas perut kerana tak sempat hendak berhenti. Ketika waktu puncak, pesanan banyak dan kami perlu selesaikan penghantaran terlebih dahulu," katanya yang mengakui itu kali pertama menerima sarapan percuma sepanjang dua tahun bekerja sebagai rider.
Menurutnya, program seumpama itu wajar diteruskan kerana dapat membantu pekerja gig yang kadangkala memulakan tugas tanpa bersarapan.
Seorang lagi pekerja gig, Nur Saiedatul Hamimah Zanah, 26, gembira menerima sumbangan roti dan wang tunai RM20, selain menikmati sarapan yang disediakan menerusi program berkenaan.
"Sepanjang lima tahun bekerja sebagai rider, ada juga menerima bantuan menerusi program seperti ini tapi bukan setiap masa," katanya yang turut gembira kerana berpeluang berjumpa dengan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.
Sementara itu, Wildan Zulkifli, 40, yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai rider, menyifatkan inisiatif Gardenia itu sebagai pembakar semangat kepada pekerja gig untuk memulakan tugas pada awal pagi.
"Inisiatif ini bagus kerana dapat membangkitkan semangat kami yang perlu keluar bekerja di awal pagi.
"Alhamdulillah dapat makan dan duit minyak.
"Saya harap usaha ini akan dijadikan program tahunan kerana bantuan seperti ini jarang pekerja gig macam kami terima," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.