
Henti desak waris mangsa banjir Nepal
Only social or community posts, or a single source.
What happened
GEORGE TOWN – Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mendesak waris 54 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir besar di Nepal, 26 Ogos lalu supaya menerima hakikat insan tersayang sudah tiada. (Kosmo!, 09:35)
Read the reporting
1 report
Henti desak waris mangsa banjir Nepal
GEORGE TOWN – Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mendesak waris 54 rakyat Malaysia yang masih hilang dalam tragedi banjir besar di Nepal, 26 Ogos lalu supaya menerima hakikat insan tersayang sudah tiada.
Pensyarah Kanan (Bimbingan & Kaunseling), Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Dr. Syed Mohamad Syed Abdullah berkata, keadaan yang dilalui waris itu dikenali sebagai ambiguous loss atau kehilangan tanpa kepastian, situasi apabila seseorang tidak mengetahui sama ada insan tersayang masih hidup atau tidak.
Katanya, keadaan itu amat sukar kerana waris berada dalam konflik emosi apabila pada satu ketika masih mengharapkan kepulangan mereka, namun pada masa sama berdepan kemungkinan kehilangan.
“Waris tidak semestinya perlu memilih sama ada mahu terus berharap atau menerima kehilangan kerana kedua-dua perasaan itu boleh wujud serentak.
“Justeru, jangan kita mendesak mereka dengan kata-kata seperti ‘kena terima mereka sudah tiada’ kerana status sebenar masih belum diketahui,” katanya di sini, semalam.
Katanya, dalam tempoh berdepan ketidakpastian itu, perkara penting adalah membantu waris membina keupayaan untuk meneruskan kehidupan tanpa menganggap ia sebagai tanda berputus asa atau melupakan insan yang hilang.
“Meneruskan kehidupan bukan bermaksud melupakan orang hilang atau berputus asa. Sebaliknya, ia sebahagian daya tindak (coping skill) dan daya tahan (resilience) untuk menghadapi keadaan sukar ini,” katanya.
Jelas beliau, masyarakat juga diminta menjadi sumber sokongan emosi kepada keluarga dengan mendengar luahan mereka tanpa menghakimi, menghormati emosi yang berubah-ubah serta menawarkan bantuan praktikal apabila diperlukan.
Katanya, orang ramai juga perlu mengelak menyebarkan spekulasi, khabar angin atau memberikan harapan yang terlalu tinggi kepada waris kerana perkara itu boleh menambah tekanan emosi yang sedang mereka tanggung.
“Yang penting, hadir bersama mereka. Dengarkan luahan, berikan kata-kata yang menguatkan dan beri ruang kepada keluarga menentukan bagaimana mereka mahu melalui tempoh sukar ini. Berikan sokongan, bukan tekanan,” tambahnya.
Pada 3 Oktober lalu, media melaporkan, usaha mengesan serta mengesahkan status 54 rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi susulan banjir di Nepal bulan lalu diteruskan, meskipun operasi mencari dan menyelamat (SAR) di negara itu telah beralih kepada fasa pemulihan.
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam kenyataan dilaporkan berkata, perkembangan itu susulan pengesahan seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan belum dapat dihubungi kini berada dalam keadaan selamat.
Menurut kementerian itu, individu berkenaan hadir ke Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu pada 1 Oktober lalu dan identitinya telah disahkan oleh pihak kedutaan.
The post Henti desak waris mangsa banjir Nepal appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.