
Hukuman penjara belum cukup mendidik pesalah jalan raya
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Cadangan pelaksanaan hukuman pampasan kepada pesalah jalan raya disifatkan sebagai langkah tepat dan berkesan dalam memberi mesej bahawa sebarang kesalahan lalu lintas membawa implikasi undang-undang yang berat. (Utusan Malaysia, 19:30)
Read the reporting
1 report
Hukuman penjara belum cukup mendidik pesalah jalan raya
PETALING JAYA: Cadangan pelaksanaan hukuman pampasan kepada pesalah jalan raya disifatkan sebagai langkah tepat dan berkesan dalam memberi mesej bahawa sebarang kesalahan lalu lintas membawa implikasi undang-undang yang berat.
Pakar Keselamatan Jalan Raya, Dr. Mohd. Azman Abas berkata, hukuman konvensional seperti penjara, denda dan penggantungan lesen memandu selama ini mungkin belum cukup mendidik sesetengah pemandu berisiko tinggi untuk berhati-hati di jalan raya.
Katanya, kewajipan membayar pampasan secara langsung kepada mangsa atau waris mangsa kemalangan akan meletakkan beban tanggungjawab kewangan yang lebih berpanjangan kepada kehidupan pesalah.
“Tanggungjawab kewangan ini dijangka memberi kesan yang lebih mendalam kepada kehidupan pesalah, sekali gus meningkatkan kesedaran dan mengurangkan kecenderungan untuk melakukan kesalahan berisiko tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Tambahnya, pihak berkuasa wajar menyediakan garis panduan umum sebagai rujukan asas tanpa perlu menetapkan formula yang terlalu ketat atau rijid.
Jelas Mohd Azman, faktor seperti tahap kecederaan, kehilangan pendapatan, kos rawatan perubatan dan bilangan tanggungan keluarga mangsa perlu dinilai mengikut kesesuaian dan merit kes masing-masing.
“Garis panduan perlu diwujudkan sebagai rujukan namun tidak semestinya terlalu spesifik. Ini bagi memberi ruang kepada mahkamah menilai setiap kes berdasarkan fakta dan merit yang berbeza.
“Pendekatan ini lebih adil kerana setiap kemalangan mempunyai impak dan keadaan yang tersendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Azman turut menekankan bahawa apa sahaja bentuk hukuman tambahan yang diperkenalkan tidak akan mencapai matlamat pencegahan jika tidak diiringi dengan penguatkuasaan undang-undang secara ketat dan berterusan.
“Cadangan hukuman tambahan ini adalah satu langkah yang baik. Namun, yang lebih penting ialah pelaksanaan dan penguatkuasaan yang konsisten, pantas dan tegas.
“Tanpa penguatkuasaan yang berkesan, walau seberat mana hukuman diperkenalkan, kesan pencegahannya terhadap pengguna jalan raya akan menjadi terhad,” katanya.
Menurutnya lagi, beliau memberi sokongan penuh terhadap cadangan pindaan undang-undang berkenaan yang dianggap selari dengan aspirasi rakyat Malaysia yang mahukan tindakan lebih berani dan berkesan diambil segera bagi membanteras sikap cuai di jalan raya.
“Langkah ini bukan sahaja dapat memperkukuh keadilan kepada mangsa dan waris, malah meningkatkan tahap akauntabiliti pesalah terhadap kesan akibat kecuaian mereka.
“Walau bagaimanapun, keberkesanannya bergantung kepada pelaksanaan yang konsisten, penguatkuasaan yang tegas serta garis panduan yang jelas supaya ia betul-betul memberi kesan pencegahan dan menyumbang kepada pengurangan kemalangan jalan raya,” katanya.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut pada Sabtu lepas. – UTUSAN
The post Hukuman penjara belum cukup mendidik pesalah jalan raya appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.