Malaysian Attention Engine
Live wire
46General : Cross-border Haze Expected To Ease Within Two Weeks - NRES42Warga Myanmar terlibat jenayah tak dihantar pulang serta-merta4236 kawasan catat IPU tidak sihat, Segamat & Seremban tertinggi40Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72 kg ganja40Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak39BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah38Akta antilompat parti gagal, aniaya MP digantung, kata Ronald Kiandee37Business : Malaysia's Semiconductor Exports To US Remain Exempt From Tariffs - Johari37‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore35Israel tolak pesawat kargo Ethiopia mendarat di Tel Aviv kerana juruterbang warga Indonesia35Badi pusingan awal terus hantui Jun Hao35World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Ilmu pelaburan benteng utama elak jerat penipuan digital

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 18:23 MYTLatest activity 13 Oct, 18:23BMconfidence 60%

What happened

ALOR SETAR: Pendidikan dan kesedaran mengenai pelaburan perlu diperkukuh bagi membantu pelabur membuat keputusan bermaklumat serta mengelak daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian. (Berita Harian, 18:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Ilmu pelaburan benteng utama elak jerat penipuan digital

By BERNAMA · 13 Oct, 18:23 MYT

ALOR SETAR: Pendidikan dan kesedaran mengenai pelaburan perlu diperkukuh bagi membantu pelabur membuat keputusan bermaklumat serta mengelak daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Fad'l Mohamed, berkata kemudahan mendapatkan maklumat menerusi media sosial, aplikasi mudah alih dan platform digital perlu disertai keupayaan menilai kesahihannya.

Katanya, pelabur juga perlu memahami risiko dan mampu mengenal pasti tawaran pelaburan yang meragukan.

"Pelabur berpengetahuan lebih bersedia untuk mengemukakan soalan yang tepat, mengenal pasti tanda-tanda amaran dan membuat keputusan berdasarkan fakta, bukannya dipengaruhi dakwaan atau spekulasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Saham Kedah anjuran Bursa Malaysia dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Fad'l berkata, sehingga akhir September lalu, purata nilai dagangan harian pelabur runcit dalam pasaran ekuiti Malaysia berjumlah kira-kira RM638 juta.

Kedah pula mempunyai kira-kira 57,000 pelabur runcit aktif, bersamaan sekitar dua peratus daripada keseluruhan pelabur runcit aktif di negara ini.

Katanya, perkembangan itu mencerminkan penyertaan pelabur runcit dalam pasaran modal yang perlu disertai pengetahuan dan kefahaman mencukupi supaya keputusan pelaburan dapat dibuat secara bertanggungjawab.

Beliau berkata, pendidikan pelabur juga penting bagi meningkatkan daya tahan masyarakat terhadap penipuan kewangan, termasuk tawaran pelaburan palsu, dakwaan mengelirukan dan manipulasi menerusi platform digital.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada penyertaan Bursa Malaysia dalam Minggu Pelabur Sedunia menerusi inisiatif Bunyikan Loceng.

Inisiatif itu membawa tema Daya Tahan Pelabur, Penipuan Digital dan Amaran Penipuan bagi menekankan kepentingan membina ketahanan pelabur ketika berdepan lambakan maklumat digital.

Ia turut memberi penekanan terhadap keupayaan pelabur membezakan peluang pelaburan yang sah daripada tawaran meragukan.

Fad'l mengingatkan pelabur supaya memahami instrumen pelaburan yang dipilih, menilai risiko dan mengesahkan maklumat sebelum membuat keputusan.

Pelabur juga perlu berwaspada terhadap pihak yang menjanjikan pulangan tinggi tanpa sebarang risiko.

Sebagai usaha memperluas pendidikan pelaburan, Karnival Saham dianjurkan di beberapa negeri sejak 2022 dengan kerjasama universiti dan rakan tempatan.

Program itu memberi peluang kepada masyarakat berinteraksi secara langsung dengan peserta pasaran, selain memahami operasi pasaran modal.

Penganjurannya di Kedah turut menyasarkan mahasiswa dan golongan muda yang mula membuat keputusan berkaitan pendapatan, simpanan serta perancangan kewangan masa depan.

Peserta berpeluang berinteraksi dengan broker saham, institusi kewangan dan wakil industri, selain mengikuti sesi perkongsian mengenai produk serta perkhidmatan pasaran modal.

Program itu turut menyediakan panduan membuka akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) dan langkah memulakan pelaburan.

Selain itu, peserta diberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan, simpanan, perancangan persaraan, perlindungan sosial, percukaian, pengurusan kredit dan kesedaran terhadap penipuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow19:0020:00
Latest 20:02 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 18:23 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    18:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Ilmu pelaburan benteng utama elak jerat penipuan digital · Malaysian Attention Engine