
Indonesia turunkan had penolakan automatik saham kepada tujuh peratus
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Bursa Saham Indonesia (IDX) menurunkan had penolakan automatik bagi penurunan harga saham kepada tujuh peratus berbanding 15 peratus sebelum ini, dalam usaha membendung ketidaktentuan pasaran. (Utusan Malaysia, 14:40)
Read the reporting
1 report
Indonesia turunkan had penolakan automatik saham kepada tujuh peratus
PETALING JAYA: Bursa Saham Indonesia (IDX) menurunkan had penolakan automatik bagi penurunan harga saham kepada tujuh peratus berbanding 15 peratus sebelum ini, dalam usaha membendung ketidaktentuan pasaran.
Langkah itu bertujuan memastikan aktiviti perdagangan saham kekal teratur, adil dan cekap, selain mengawal turun naik pasaran yang boleh menjejaskan keyakinan pelabur.
“Pelarasan ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelabur untuk menilai dan memahami maklumat yang tersedia, sekaligus menyokong keputusan pelaburan yang lebih termaklum berdasarkan asas ekonomi Indonesia,” kata IDX dalam satu kenyataan.
Pada pembukaan dagangan Isnin, Indeks Komposit Jakarta (JCI), penanda aras pasaran saham negara itu, merosot 223.23 mata atau 4.31peratus kepada 4,961.88 mata, jatuh di bawah paras psikologi penting 5,000 mata.
Penurunan itu menyusuli aksi jualan besar-besaran pada Jumaat lalu apabila JCI menjunam lebihlapan peratus pada awal dagangan, sekali gusmencetuskan penggantungan perdaganganselama 30 minit sebelum ditutup 11.57 peratus lebih rendah pada 5,185.10 mata.
Ketidaktentuan pasaran itu berlaku susulankebimbangan terhadap cadangan penyediaindeks global, MSCI, untuk mengklasifikasikansemula Indonesia daripada pasaran sedangpesat membangun kepada pasaran kendiri.
Cadangan itu dibuat berikutan isu berkaitanl ketelusan pemilikan saham dan tadbir urus pasaran.
MSCI telah membuka rundingan dengan peserta pasaran sehingga 30 April 2027, dengan keputusan muktamad dijangka diumumkan menjelang akhir Jun 2027.
Perubahan ambang tidak simetri itu dilaksanakan dengan sokongan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia (OJK) dan mula berkuat kuasa pada Isnin.
Dasar berkenaan akan dilaksanakan sehingga 31 Disember 2026, tertakluk kepada semakan lanjut berdasarkan perkembangan semasa pasaran.
Penurunan had penolakan automatik itu merupakan langkah kawal selia bagi mengehadkan kejatuhan harga saham dalam tempoh tertentu, sekali gus membantu mengekalkan kestabilan dan kelancaran urus niaga di pasaran modal Indonesia. – UTUSAN
The post Indonesia turunkan had penolakan automatik saham kepada tujuh peratus appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.