
'Ingatkan nak bincang jadual perjalanan, rupa-rupanya umrah kena tangguh'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: "Kami ingatkan nak bincang persediaan perjalanan umrah, rupanya pihak agensi nak maklumkan mengenai penangguhan." (Berita Harian, 17:53)
Read the reporting
1 report
'Ingatkan nak bincang jadual perjalanan, rupa-rupanya umrah kena tangguh'
KUALA LUMPUR: "Kami ingatkan nak bincang persediaan perjalanan umrah, rupanya pihak agensi nak maklumkan mengenai penangguhan."
Itu situasi tidak dijangka bakal jemaah umrah, Mohd Azrik Sapee, 45, apabila menyertai sesi dalam talian bersama agensi pelancongannya malam tadi.
Mohd Azrik berkata, pada awalnya dia menyangka sesi itu diadakan untuk membincangkan persediaan perjalanan umrah yang dijadualkan pada 14 hingga 25 Oktober ini.
"Kami mengikuti perkembangan isu ini di media sosial, namun tak sangka perjalanan kami turut ditangguhkan sehinggalah pihak agensi memaklumkan mengenai sesi pertemuan secara dalam talian.
"Menerusi pertemuan itulah (malam tadi) kami dimaklumkan mengenai penangguhan berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan menunaikan umrah buat sementara.
Ia susulan risiko keselamatan selepas insiden Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dibom pada Sabtu lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 terkorban dan 300 cedera.
Mohd Azik berkata, sebelum ini pihak agensi memaklumkan semua perancangan perjalanan diteruskan seperti biasa menyebabkan mereka tidak menjangkakan berita penangguhan berkenaan.
Beliau yang bakal menunaikan umrah buat kali pertama bersama isteri dan anak kedua, berkata mereka sekeluarga mendaftar awal tahun ini dengan bayaran berperingkat yang dilunaskan pada Julai lalu.
"Mulanya saya dan isteri merancang menunaikan umrah pada penghujung Ogos, tapi kemudian kami putuskan untuk bawa anak kedua sekali.
"Disebabkan itu kami setuju untuk tukar tarikh kepada Oktober supaya dia mempunyai masa untuk membuat persiapan.
"Semalam, selepas dimaklumkan berkenaan penangguhan saya akui kami sekeluarga sangat sedih.
"Bagaimanapun, kami faham dan akur kerana ia berkaitan isu keselamatan, selain perkara itu di luar kawalan kami mahupun pihak agensi pelancongan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.