
Inner Mongolia lokasi ideal percutian musim panas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BILA sebut sahaja musim panas, ramai rakyat Malaysia mula membayangkan cuaca terik, panas menyengat dan peluh yang tidak berhenti. (Kosmo!, 10:47)
Read the reporting
1 report
Inner Mongolia lokasi ideal percutian musim panas
BILA sebut sahaja musim panas, ramai rakyat Malaysia mula membayangkan cuaca terik, panas menyengat dan peluh yang tidak berhenti.
Namun, ada satu tempat yang membuktikan bahawa musim panas juga boleh hadir dengan udara sejuk, langit biru dan pemandangan membuatkan kita lupa kesibukan dunia.
Itulah Hulunbuir Grassland, Inner Mongolia, sebuah permata tersembunyi di utara negara China yang menawarkan pengalaman musim panas yang berbeza daripada kebiasaan.
Perjalanan saya bermula di Hailar, sebuah bandar kecil yang menjadi pintu masuk ke dunia padang rumput Mongolia yang begitu luas.
Dari sini, kami mula menyusuri laluan menuju ke Moregele River, sungai berliku yang menjadi antara ikon paling indah di Hulunbuir.
Dari pandangan atas, sungai ini kelihatan seperti lukisan alam yang beralun perlahan membelah hamparan rumput hijau sejauh mata memandang.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan masuk ke kawasan utama Hulunbuir Grassland.
Bayangkan, berdiri di tengah padang rumput tanpa penghujung, ditemani angin sepoi-sepoi, langit biru yang luas dan awan putih bergerak perlahan.
Tiada kesesakan bandar, tiada bunyi hon kenderaan, hanya bunyi alam yang membuatkan hati terasa lebih tenang.
Penulis bergambar di depan Ergun City yang merupakan kota dengan elemen Russia
di Utara China.
Pemandangan terbuka ini memberikan ruang untuk berehat daripada kesibukan harian sambil menikmati suasana semula jadi.
Berbeza dengan destinasi musim panas yang biasanya panas dan lembap, Hulunbuir mempunyai cuaca yang sangat menyenangkan.
Pada musim panas, suhunya nyaman dan tidak menyengat seperti di Malaysia.
Inilah sebabnya kawasan ini menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada bahang musim panas tetapi masih mahu menikmati keindahan alam.
Perjalanan diteruskan ke Ergun, sebuah bandar yang terkenal dengan pemandangan sempadan China dan Russia.
Dari sini, kami bergerak menuju ke Shiwe (Shuiwei) Border Town, sebuah pekan kecil yang memberikan pengalaman berbeza, iaitu berada berhampiran sempadan Russia sambil menikmati suasana tenang kawasan utara China.
Salah satu pengalaman paling mengagumkan ialah menyusuri Highway 331, iaitu salah satu laluan paling cantik di China.
Sepanjang perjalanan, mata tidak pernah bosan melihat perubahan landskap, daripada padang rumput hijau kepada hutan birch, bukit bukau dan pemandangan menghadap kawasan Russia di seberang sempadan.
Perjalanan ini bukan sekadar bergerak dari satu tempat ke tempat lain, tetapi juga peluang menikmati keindahan alam pada setiap kilometer.
Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah bermalam di yurt tradisional Mongol nomad.
Tidur di khemah bulat masyarakat nomad, menikmati suasana padang rumput pada waktu malam, melihat langit yang luas dan mengenali budaya masyarakat Mongolia memberikan pengalaman berbeza daripada penginapan biasa.
Pengalaman itu turut membuka peluang untuk mengenali cara hidup masyarakat nomad yang mempunyai hubungan rapat dengan alam sekeliling.
Perjalanan kemudian membawa kami ke Manzhouli, bandar sempadan China dan Russia yang terkenal dengan seni bina unik serta suasana antarabangsa.
Di sini, kami menikmati aktiviti grass sliding di atas bukit padang rumput dan menyaksikan persembahan kuda yang menggambarkan budaya serta hubungan erat masyarakat Mongol dengan haiwan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka sejak turun-temurun.
Bagi rakyat Malaysia, Hulunbuir sebenarnya adalah destinasi musim panas yang sangat ideal.
Selain cuaca yang nyaman, pengalaman di sini juga lebih mudah untuk pelancong Muslim.
Makanan halal agak mudah ditemui kerana terdapat komuniti Muslim di kawasan Inner Mongolia dan bandar utama sepanjang laluan perjalanan.
Hal ini menjadikan perjalanan lebih selesa bagi pelancong yang ingin meneroka destinasi baharu tanpa mengabaikan keperluan makanan halal.
Hulunbuir bukan sekadar destinasi untuk mengambil gambar cantik.
Ia merupakan lokasi untuk merasai kebebasan, ketenangan dan hubungan semula dengan alam.
Ia mengajar kita bahawa keindahan tidak semestinya datang daripada bandar moden atau tempat yang terlalu popular.
Kadangkala, kebahagiaan itu hanya dengan berdiri di tengah padang rumput yang luas, menghirup udara segar, melihat kuda berlari di kejauhan dan menyedari betapa besarnya dunia ini.
Jika anda mencari destinasi musim panas yang tidak panas, tidak sesak, mesra Muslim dan penuh pengalaman luar biasa, Hulunbuir Grassland wajar berada dalam senarai perjalanan.
The post Inner Mongolia lokasi ideal percutian musim panas appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:47
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.