Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok4514 individu termasuk remaja bawah umur direman berkaitan kes bunuh seorang lelaki36World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia35General : Selangor Postpones National Sports Day Celebrations Due To Haze3580 peratus pendeposit TH belum cukup simpanan minimum RM15,00035Kawasan panas kebakaran hutan Indonesia turun 67 peratus, cuaca kering kekalkan risiko tinggi35Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan35Sekolah di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar ditangguh – JPNPP35Zara’s mum chokes up as voice recording plays during inquest34Chinese naval task group arrives in Kota Kinabalu for five-day goodwill visit33Haze: Negri schools, educational institutions to close tomorrow33521kg Laos meth haul: Police probe Malaysia-linked private jet firm
NewConfirmedupdated 5 h ago

Iran ancam tutup laluan ‘haram’ di Selat Hormuz

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 08:30 MYTLatest activity 9 Oct, 08:30BMconfidence 80%

What happened

Iran ancam tutup laluan ‘haram’ di Selat Hormuz (Google News Malaysia (BM), 08:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Iran ancam tutup laluan ‘haram’ di Selat Hormuz

By WARTAWAN LUAR NEGARA · 9 Oct, 08:30 MYT

TEHERAN: Iran mengancam untuk menyekat laluan yang disifatkannya sebagai ‘haram’ di Selat Hormuz, sambil menegaskan Teheran masih mengawal sepenuhnya laluan perairan itu walaupun Amerika Syarikat (AS) mendakwa sebaliknya.

Selat itu merupakan antara laluan tenaga paling penting di dunia, yang lazimnya membawa kira-kira satu perlima penghantaran minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) global.

Pergerakan kapal melalui selat berkenaan terganggu teruk sejak perang AS-Israel terhadap Iran bermula pada akhir Februari, menyebabkan harga tenaga meningkat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sekitar AS101 (RM412.74) setong pada Rabu, berbanding kira-kira AS72 (RM294.23) sebelum konflik tercetus.

Komander Kanan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan Penasihat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Mohammad Reza Naqdi berkata, beberapa laluan perkapalan di sepanjang pantai Oman melalui selat itu akan ditutup tidak lama lagi.

Mohammad Reza berkata, ia diwujudkan dengan meletupkan dan merosakkan kawasan berbatu, sebelum bot kecil digunakan untuk membawa minyak melalui selat itu dan memindahkannya ke kapal tangki.

Beliau menyifatkan penghantaran berkenaan sebagai ‘penyeludupan’ dan berkata, jumlahnya terlalu kecil untuk menunjukkan pergerakan kapal melalui Selat Hormuz sudah kembali normal.

“Selat Hormuz ditutup dan angkatan tentera Republik Islam Iran mengawal sepenuhnya selat itu. Sekatan akan kekal sehingga tuntutan sah Teheran dipenuhi,” katanya.

Iran sebelum ini menawarkan untuk membuka semula selat itu sekiranya Washington mengurangkan tekanan ketenteraan dan menarik balik sekatan terhadap pelabuhan Iran.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio memberikan penilaian yang jauh berbeza pada Rabu, dengan berkata, selat itu terbuka dan Iran telah hilang kawalan sepenuhnya ke atas Hormuz.

“Kini, jumlah minyak yang mengalir keluar hampir sama seperti sebelum konflik ini bermula,” kata Rubio kepada pemberita.

Presiden AS, Donald Trump turut berkata, tentera AS membantu penghantaran minyak me­lalui selat itu, dengan mendakwa aliran harian meningkat melebihi 20 juta tong.

Beliau menyalahkan serangan Kyiv terhadap kilang penapisan minyak Russia sebagai punca utama kekurangan diesel global, bukannya konflik di Asia Barat dan menggesa Presiden Ukraine, Vladimir Zelensky menghentikan serangan berkenaan.

Eksport minyak mentah dari rantau itu meningkat semula dengan ketara.

Purata pergerakan tujuh hari mencecah 18.3 juta tong sehari pada 30 September, menurut data awal Kpler yang dipetik Reuters.

Angka itu turut merangkumi minyak yang dihantar melalui laluan selain Selat Hormuz.

Risiko keselamatan di selat itu masih tinggi. Kapal tangki berbendera Panama, On Peace, terkena tembakan berhampiran Oman pada Selasa yang mencederakan 12 anak kapal, menurut pihak berkuasa India. Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab dalam insiden itu.

The post Iran ancam tutup laluan ‘haram’ di Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow09:0010:0011:0012:0013:00
Latest 13:56 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  3. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
9 Oct, 08:30 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    08:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Iran ancam tutup laluan ‘haram’ di Selat Hormuz
utusan.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.