
Isteri maut, suami cedera dalam nahas tiga kenderaan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
IPOH – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 286.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini. (Kosmo!, 23:30)
Read the reporting
1 report
Isteri maut, suami cedera dalam nahas tiga kenderaan
IPOH – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 286.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, maklumat berkaitan nahas membabitkan motosikal Honda ADV160 dengan kereta jenis Gen2 dan kereta jenis Lexus itu diterima pada pukul 12.30 tengah hari.
Katanya, siasatan awal mendapati Proton Gen2 yang mengalami kerosakan berhenti di lorong kecemasan sebelum motosikal dinaiki pasangan berusia 55 tahun itu dipercayai melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta berkenaan.
“Akibat pelanggaran itu, motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kanan.
“Sebuah kereta Lexus yang datang dari arah belakang dan bergerak sehala kemudian dipercayai melanggar bahagian belakang sebelah kanan motosikal itu menyebabkan penunggang dan pembonceng tercampak ke atas jalan raya,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, akibat kemalangan itu, pembonceng dan penunggang motosikal cedera sebelum wanita terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas paramedik.
Katanya, suami mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk mendapatkan rawatan.
“Pemandu Proton Gen2 iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun dan pemandu Lexus, wanita berusia 41 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya.
Tambah beliau, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Isteri maut, suami cedera dalam nahas tiga kenderaan appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!23:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.