Malaysian Attention Engine
Live wire
44General : LCS 1 Completion Not Dependent On RCI, Shipbuilder Told To Speed Up Work - Khaled44General : Employers Urged To Leverage Job Coach Services For Workers With Disabilities43General : Riyadh Attack: No Evacuation For M'sian Students Yet, Monitoring Ongoing - Zambry43JPJ gantung sementara VTA Chery Omoda 541General : Selangor Sultan Officiates Dataran Dato' Seri Harun Idris41'Krisis Negeri Sembilan bukan salah DAP'- Anthony Loke40Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Jalan projek LTU Gua Musang ditutup akibat lubang benam36General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar35Hakim Danish terjatuh pada sesi Kelayakan 1 GP Indonesia35World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport
RisingConfirmedupdated 32 min ago

JPJ gantung sementara VTA Chery Omoda 5

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
43
+100% / 60 min
Momentum
52
2 vs 1 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 13:10 MYTLatest activity 11 Oct, 13:51ENBMconfidence 84%

What happened

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bagi model dan varian Chery Omoda 5 yang terlibat dalam isu keselamatan susulan insiden tular di Johor Bahru, minggu lalu. (Kosmo!, 13:10)

Read the reporting

3 reports
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Gandar belakang tercabut: JPJ gantung sementara VTA Chery Omoda 5

By KOSMO! · 11 Oct, 13:10 MYT

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bagi model dan varian Chery Omoda 5 yang terlibat dalam isu keselamatan susulan insiden tular di Johor Bahru, minggu lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan itu turut melibatkan penangguhan pendaftaran baharu kenderaan berkenaan sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dikenal pasti.

Menurutnya, langkah berkenaan diambil sebagai tindakan pencegahan awal bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

“JPJ memandang serius insiden tular melibatkan sebuah kenderaan Chery Omoda 5 yang berlaku di Johor Bahru, minggu lalu, sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan kenderaan berkenaan.

“Sebagai langkah pencegahan awal, JPJ akan menggantung sementara VTA yang berkaitan, sekali gus menangguhkan pendaftaran baharu Chery Omoda 5 sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau berkata, penggantungan itu akan dilaksanakan secara bersasar terhadap model dan varian yang berpotensi terlibat.

Dalam masa sama, katanya, Chery Malaysia dikehendaki mengenal pasti semua unit kenderaan yang berpotensi terjejas berdasarkan nombor komponen, kelompok pengeluaran, nombor casis (VIN) serta parameter teknikal berkaitan.

Katanya, proses pemanggilan semula perlu dilaksanakan terhadap semua kenderaan yang dikenal pasti berisiko bagi membolehkan pemeriksaan dan tindakan pembetulan sewajarnya dilakukan.

“JPJ turut melaksanakan audit teknikal terhadap proses pengeluaran dan pemasangan Chery Omoda 5 serta pembekal komponen gandar berkaitan.

“Audit itu merangkumi pematuhan amalan pengilangan yang baik (GMP), sistem kawalan kualiti, prosedur pemeriksaan sambungan kimpalan serta tahap keselamatan komponen yang digunakan,” ujarnya.

Beliau menambah, pihak pengeluar bertanggungjawab memastikan setiap kenderaan yang dipasarkan memenuhi piawaian keselamatan dan keperluan teknikal yang ditetapkan.

“Penggantungan itu hanya akan ditarik balik selepas semua tindakan pembetulan dan pencegahan dilaksanakan sepenuhnya serta mendapat pengesahan teknikal daripada JPJ bahawa segala risiko keselamatan telah ditangani dengan sewajarnya,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial insiden axle (gandar belakang) sebuah kenderaan jenis Chery tercabut di Tebrau, Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

The post Gandar belakang tercabut: JPJ gantung sementara VTA Chery Omoda 5 appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 3 independent sources, 3 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 51first news pick-upNEWnow14:00
Latest 14:15 MYT
43Rising
Mentions / h2Velocity0.03/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. Language
    First English coverage (SoyaCincau) source
  3. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Kosmo! (News)
11 Oct, 13:10 MYT
Origin confidence 90% · 29 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    13:10
  2. Step 2
    News
    SoyaCincau
    13:39 · +29 min
Cited on platforms we cannot ingest directly

Internet reaction

News · 1

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Free Malaysia Today, Harian Metro, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.