
Isu penggantungan tugas SUK, PUU Negeri Sembilan: SPA serah kepada AGC, KSN
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Isu penggantungan tugas SUK, PUU Negeri Sembilan: SPA serah kepada AGC, KSN (Harian Metro, 18:04)
Read the reporting
1 report
Isu penggantungan tugas SUK, PUU Negeri Sembilan: SPA serah kepada AGC, KSN
am@hmetro.com.my
Kuala Kangsar: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyerahkan pertikaian berkaitan urusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri (PUU) Negeri Sembilan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) serta Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang juga Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, Peguam Negara meneliti perkara itu daripada segi perundangan, biarpun SPA dan SPKP mempunyai kuasa melantik SUK dan PUU.
"Yang itu saya ingat kita perlu rujuk kepada pernyataan yang dibuat oleh Peguam Negara dan Ketua Setiausaha Negara kerana merekalah yang meneliti semua perkara yang berhubung dengan tadbir urus dan apa jua bentuk perundangan dan implikasinya.
"Jadi, saya nasihatkan kepada semua agar kita berlandaskan kepada undang-undang yang ada di negara ini dan autoriti yang mempunyai kewibawaan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Sekolah Angkat MADANI (SAM) SPA di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, di sini, hari ini.
Pelaksanaan inisiatif SAM SPA itu yang sudah diselesaikan sepenuhnya bagi 2026 membabitkan peruntukan RM100,000, justeru memberi manfaat kepada 770 pelajar serta 50 guru dan pentadbir sekolah itu melalui enam skop utama.
Kata Ahmad Jailani lagi, masyarakat digesa tidak mewujudkan polemik serta membuat tafsiran sendiri tanpa mengetahui perkara sebenar dengan lebih mendalam.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro18:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.