Malaysian Attention Engine
Live wire
43Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF42Business : MoF: No Commitment To Provide Financing Support To AirAsia36Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games36Business : Malaysia Records Highest Economic Freedom Score Since 1970 - CME35Business : GDB Unit Secures RM118.99 Mln Sarawak Flood Forecasting Programme Subcontract358 pakej Pan Borneo Sabah sepanjang 177km dibuka berperingkat tahun ini - Joachim34World : Microsoft Leaves UK Data Centre Project Due To Lack Of Power Supply - Reports33World : Russian, Iranian Foreign Ministers Hold Talks In Tehran33Singapura ikrar tindakan undang-undang lebih tegas terhadap syarikat terlibat jerebu32'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat32Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare31General : MP Allocations, Foreign Nationals Among Key Issues In 2027 Budget Debate
NewConfirmedupdated 47 min ago

Isu warga asing Pandan Mewah: Tanah lapang milik kerajaan tak sepatutnya disalah guna - MPAJ

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
30
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 21:58 MYTLatest activity 19 Oct, 22:45BMconfidence 77%

What happened

KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan pondok haram yang dijadikan tempat mengumpul barang kitar semula, selain menjadi lubuk berkumpul dan lokasi lepak warga asing di Pandan Mewah, di sini. (Berita Harian, 21:58)

Read the reporting

2 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

MPAJ pandang serius salah guna tanah lapang babit warga asing di Pandan Mewah

By Mukhriz Mat Husin · 19 Oct, 22:45 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menegaskan tanah lapang milik kerajaan tidak sepatutnya disalahgunakan bagi sebarang aktiviti atau tujuan yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MPAJ memaklumkan sebarang penggunaan dan pembangunan tanah kerajaan perlu mematuhi peraturan serta mendapatkan kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.

Katanya, pihaknya memandang serius isu penyalahgunaan tanah lapang, kebersihan persekitaran dan kehadiran warga asing di kawasan Pandan Mewah yang dibangkitkan menerusi perkongsian di media sosial baru-baru ini.

"Susulan isu yang dibangkitkan, MPAJ mengambil tindakan segera dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi berkenaan bagi menangani masalah kebersihan, pembuangan sampah dan keadaan persekitaran yang boleh menjejaskan keselesaan serta kesejahteraan penduduk.

"MPAJ berharap tiada mana-mana pihak mendirikan struktur atau binaan kekal secara tidak sah di atas tanah kerajaan pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Mengulas isu kehadiran warga asing di kawasan berkenaan, MPAJ menjelaskan urusan berkaitan status imigresen, pemeriksaan dokumen perjalanan dan penguatkuasaan undang-undang imigresen adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia.

MPAJ meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan kemungkinan pelanggaran undang-undang imigresen mengemukakan aduan rasmi terus kepada imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Katanya, MPAJ akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai pihak berkuasa tempatan, khususnya dalam aspek kebersihan persekitaran, kesihatan awam serta pemantauan aktiviti yang tertakluk di bawah bidang kuasanya.

"Selain itu, penyelarasan bersama agensi penguatkuasaan berkaitan turut dilaksanakan bagi menangani isu yang menjejaskan kepentingan masyarakat.

"MPAJ turut menyeru penduduk setempat, pemilik premis dan komuniti di kawasan pentadbirannya supaya menjaga kebersihan, tidak membuang sampah secara tidak terkawal serta tidak menyalahgunakan tanah atau kemudahan awam untuk kepentingan persendirian.

"MPAJ komited untuk terus mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang isu kebersihan dan ketenteraman persekitaran di bawah bidang kuasanya, di samping memperkukuh kerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan demi memastikan Ampang Jaya kekal sebagai kawasan perbandaran yang bersih, mampan, selamat dan sejahtera," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow23:00
Latest 23:01 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 21:58 MYT
Origin confidence 90% · 48 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    21:58

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.