Malaysian Attention Engine
Live wire
5112 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat50General : MediAsas plan To Offer Financial, Health Safety Net To Malaysia's M40 -- Dzulkefly46Sport : World Junior C'ships: Zi Yu-Genevie Capture Girls' Doubles Title To End Country's 34-Year Wait45Civil marriage solemnisation does not usurp role of religious leaders, says JPN40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah39Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan37Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua | Sinar Harian36Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda36General : Sahabat MADANI Selangor To Boost Youth Participation In Community Service - Tengku Zafrul35Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating34FAM bakal terima RM102 juta daripada FIFA34Percepatkan projek tebatan, elak banjir berulang
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

'Jangan biarkan keganasan jadi perkara biasa, jadi budaya masyarakat'

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 09:58 MYTLatest activity 18 Oct, 09:58BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Insiden keganasan yang semakin membimbangkan, termasuk kes pelajar diserang dan ditikam di sekolah seharusnya ditangani segera bagi mengelakkan masyarakat menjadi lali sehingga menganggap perbuatan itu sebagai cara menyelesaikan konflik. (Berita Harian, 09:58)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

'Jangan biarkan keganasan jadi perkara biasa, jadi budaya masyarakat'

By Mahani Ishak · 18 Oct, 09:58 MYT

KUALA LUMPUR: Insiden keganasan yang semakin membimbangkan, termasuk kes pelajar diserang dan ditikam di sekolah seharusnya ditangani segera bagi mengelakkan masyarakat menjadi lali sehingga menganggap perbuatan itu sebagai cara menyelesaikan konflik.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pada masa sama keganasan tidak boleh sama sekali menjadi budaya di negara ini.

"Kejadian seumpama itu seharusnya menjadi amaran serius kepada semua pihak bahawa tindakan pencegahan berkesan perlu dilaksanakan segera sebelum keganasan dianggap perkara biasa dalam masyarakat.

"Kita tidak boleh menunggu sehingga keganasan menjadi sebati dalam masyarakat sebelum bertindak.

"Pencegahan mesti dimulakan sekarang dengan membabitkan kerajaan, sekolah, keluarga, masyarakat, agensi penguatkuasaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lam Thye berkata, program pencegahan keganasan di sekolah perlu diperkukuh dengan memberi penekanan yang bukan sahaja kepada pencapaian akademik tetapi pengurusan emosi, empati, rasa hormat, penyelesaian konflik dan komunikasi secara aman.

Beliau berkata, pelajar perlu memahami bahawa kemarahan, perselisihan faham atau provokasi tidak pernah menjadi alasan untuk melakukan keganasan.

Katanya, sekolah juga perlu mempunyai mekanisme pengesanan awal dan intervensi lebih berkesan bagi mengenal pasti pelajar yang menunjukkan tingkah laku agresif, membuat ancaman, terbabit dalam buli serius atau menghadapi masalah mengawal kemarahan.

"Guru, kaunselor dan pentadbir sekolah perlu diberikan kemahiran untuk mengenal pasti tanda awal berkenaan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil sebelum sesuatu konflik bertukar menjadi tragedi.

"Pada masa sama, ibu bapa dan keluarga perlu memainkan peranan lebih besar dalam membentuk tingkah laku anak-anak, khususnya dalam mengawal emosi dan menghormati orang lain.

"Anak-anak belajar daripada apa yang mereka lihat dan alami. Ibu bapa perlu mendidik anak bahawa kekuatan seseorang bukan ditunjukkan melalui keganasan, tetapi melalui kawalan diri, rasa hormat dan keupayaan menyelesaikan perbezaan secara aman," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengaruh media sosial perlu ditangani kerana golongan muda kini terdedah kepada kandungan ganas, penghinaan, ugutan dan buli siber.

Katanya, pendidikan literasi digital perlu merangkumi tingkah laku bertanggungjawab di alam maya serta nilai empati, selain kesedaran bahawa tindakan di media sosial boleh membawa kesan serius dalam kehidupan sebenar.

"Dalam pada itu, penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan secara tegas dan konsisten, khususnya bagi perbuatan ganas yang membabitkan penggunaan senjata.

Katanya, perbuatan ganas yang memenuhi unsur kesalahan jenayah yang tidak boleh dianggap sekadar masalah disiplin atau kenakalan remaja, sebaliknya perlu ditangani mengikut undang-undang.

"Ini kerana hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah kerana pendekatan nasional yang menyeluruh diperlukan untuk menangani punca keganasan serta membina daya tahan, kematangan emosi dan rasa hormat terhadap orang lain.

"Pada masa sama, media diingatkan supaya melaporkan kejadian serius secara bertanggungjawab dengan mengelakkan sensasi atau memberi gambaran seolah-olah pelaku keganasan mendapat perhatian dan pengiktirafan.

"Laporan media perlu memberi tumpuan kepada langkah pencegahan, pengajaran yang boleh diambil daripada sesuatu kejadian dan usaha mengelakkan insiden sama berulang.

"Pemimpin masyarakat, NGO, pertubuhan agama dan organisasi belia juga perlu berganding bahu membina budaya saling menghormati, bertolak ansur, mengawal emosi dan menolak keganasan," katanya.

Katanya, isu berkenaan bukan semata-mata berkaitan keselamatan sekolah, sebaliknya membabitkan seluruh masyarakat kerana kegagalan menangani keganasan boleh menjejaskan nilai yang menjadi asas perpaduan.

"Jika kita membiarkan keganasan menjadi perkara biasa, kita berisiko merosakkan nilai-nilai yang menjadi asas perpaduan masyarakat.

"Kita tidak boleh menunggu satu lagi tragedi sebelum bertindak. Keganasan mesti ditangani sejak awal, dicegah secara sistematik dan ditolak oleh seluruh masyarakat," katanya.

Katanya, Malaysia perlu kekal sebagai masyarakat yang mengutamakan rasa hormat berbanding kemarahan, dialog berbanding keganasan serta sentiasa menghormati nilai nyawa manusia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:00
Latest 10:39 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
18 Oct, 09:58 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:58

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.