Malaysian Attention Engine
Live wire
46General : Cross-border Haze Expected To Ease Within Two Weeks - NRES42Warga Myanmar terlibat jenayah tak dihantar pulang serta-merta4236 kawasan catat IPU tidak sihat, Segamat & Seremban tertinggi40Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72 kg ganja40Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak39BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah38Akta antilompat parti gagal, aniaya MP digantung, kata Ronald Kiandee37Business : Malaysia's Semiconductor Exports To US Remain Exempt From Tariffs - Johari37‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore35Israel tolak pesawat kargo Ethiopia mendarat di Tel Aviv kerana juruterbang warga Indonesia35Badi pusingan awal terus hantui Jun Hao35World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Jangan jadikan agama sebagai alasan untuk jadi tidak baik - Azadan Rabbani

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 17:53 MYTLatest activity 13 Oct, 17:53BMconfidence 60%

What happened

Jangan jadikan agama sebagai alasan untuk jadi tidak baik - Azadan Rabbani (Harian Metro, 17:53)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Jangan jadikan agama sebagai alasan untuk jadi tidak baik - Azadan Rabbani

By Syafil Syazwan Jefri · 13 Oct, 17:53 MYT

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani, Azadan Abdul Aziz berpendapat, pendidikan agama sangat lengkap dalam sistem pendidikan Malaysia dan tidak ada alasan untuk masyarakat beranggapan bahawa kurangnya didikan agama, menjadi punca sesetengah individu tersasar.

Ini berikutan tularnya berita mengenai seorang lelaki, didakwa melakukan upacara agama lain sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai status agama dan perbincangan dalam kalangan masyarakat.

"Mengenai isu yang berlaku, diharapkan ia menjadi pengajaran. Bila orang sekeliling menegur, maknanya orang sayang dan Allah sayang. Iman tidak dapat diwarisi daripada seorang ayah yang bertakwa, jadi jangan salahkan ibu bapa jika anak berbuat begitu.

"Di Malaysia ini, kemudahan pendidikan agama sangat lengkap dari tadika, sekolah agama, hingga kuliah fardu ain di masjid dan surau. Jadi tinggal diri kita sendiri untuk menjaganya," katanya kepada Harian Metro.

Tambah anggota kumpulan yang popular dengan lagu Pergi Tak Kembali itu lagi, Islam agama yang indah, mudah dan tenang, namun, semuanya berbalik kepada individu.

"Kita bersyukur dilahirkan dalam Islam dan dididik oleh ibu bapa. Tetapi untuk perubahan diri menjadi lebih baik, ia bergantung kepada diri sendiri, bukannya orang lain.

"Panggillah pakar motivasi atau ustaz hebat macam mana pun, yang merubah diri kita adalah diri kita sendiri," kata Azadan ketika ditemui pada majlis perasmian Rabbani Event Hall, hari ini.

Beliau turut menegaskan mengenai kepentingan solat dalam kehidupan seorang Muslim.

"Jangan jadikan agama sebagai alasan untuk jadi tidak baik. Solat itu sangat penting, solat itu tiang agama. Ibarat telefon canggih dan mahal, kalau tiada top-up, kita tidak boleh berhubung.

"Solat itu umpama top-up yang menghubungkan kita dengan Allah. Jika kita tidak solat, doa kita sukar diterima," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:00
Latest 18:01 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
13 Oct, 17:53 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:53

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.