Malaysian Attention Engine
Live wire
46Malek Mccrone sah bergelar suami dalam majlis tertutup46IMF says AI investment keeps global growth around 3%45General : MACC Freezes Assets Worth RM1.27 Billion Since 2022 – Kulasegaran45Dua individu termasuk pegawai kanan agensi kerajaan ditahan kes rasuah RM15,00043Football: Soccer-Former Real Madrid defender Carvajal signs for Getafe43General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon43Syed Saddiq urges Asean pressure, financial squeeze on firms linked to haze42Bukan kuasa PM tentukan pendakwaan semula – Azalina40Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40Shouting match breaks out in Parliament over allocations, anti-party hopping law39DAP man puzzled over PKR claim to Ayer Keroh seat
AcceleratingConfirmedupdated 1 h ago

Jangan terima tawaran bawa barang ke luar negara, elak dijerat sindiket - Mohd Shuhaily

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
56
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 15:31 MYTLatest activity 13 Oct, 16:49BMconfidence 86%

What happened

KUALA LUMPUR - Pengembara Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menerima apa juga tawaran membawa barangan milik individu lain ketika ke luar negara bagi mengelakkan diri daripada terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan dadah.Nasihat ini diberikan oleh Ketua Pengarah, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, ketika diminta mengulas mengenai penahanan lima rakyat Malaysia, di Tokyo, Jepun, selepas cuba menyeludup dadah kokain seberat lima kilogram (kg)."Langkah berwaspada dan berhati-hati amat penting ketika menerima (Sinar Harian, 15:31)

Read the reporting

3 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Waspada terima tawaran bawa kiriman ke luar negara – Mohd Shuhaily

By .MASZUREEN HADZMAN · 13 Oct, 16:49 MYT

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya menerima tawaran untuk membawa barangan atau kiriman bagi pihak orang lain ke negara destinasi.

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, langkah berwaspada dan berhati-hati amat penting ketika menerima tawaran untuk membawa barang atau kiriman pada saat-saat akhir ketika hendak ke luar negara.

Katanya, semua pengembara Malaysia diingatkan untuk tidak sewenang-wenangnya menerima apa juga tawaran membawa barangan milik orang lain.

“Berwaspadalah juga dengan sebarang tawaran pelancongan yang dibiayai atau ditaja oleh mana-mana pihak yang melalui apa juga platform media sosial dan pada saat-saat akhir mereka meminta kita untuk membawa, memakai atau menggunakan barang yang kita tidak ketahui apa kandungan dan isinya.

“Harus ada rasa curiga terhadap apa juga kandungan yang diberikan oleh orang tidak dikenali kerana pada akhirnya kita mungkin terjerat di negara luar selepas ditahan kerana melakukan penyeludupan bahan terlarang termasuk dadah,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengulas mengenai penahanan lima rakyat Malaysia, di Tokyo, Jepun, selepas cuba menyeludup dadah kokain seberat lima kilogram (kg).

Mohd Shuhaily berkata, langkah itu amat penting ketika menerima tawaran untuk membawa barang atau kiriman pada saat-saat akhir ketika hendak ke luar negara.

Beliau berkata, tawaran mencurigakan, kebiasaannya datang pada saat-saat akhir ketika pengembara hendak berlepas ke luar negara.

“Apabila kita berhadapan situasi ini, tolong laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya anda mencurigai sebarang kiriman atau barang yang dibawa.

“Tindakan pantas ini dapat mengelak diri kita daripada terjerat dan seterusnya berhadapan undang-undang di negara tujuan,” jelasnya.

Mengulas mengenai penahanan lima rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, pada Jumaat dan Sabtu lalu, Mohd Shuhaily percaya tangkapan itu dibuat berdasarkan maklumat dan perisikan oleh pihak berkuasa Jepun.

“Saya percaya, tindakan tahan lima rakyat Malaysia dibuat oleh pihak berkuasa di Jepun, selepas mereka mungkin menerima maklumat mengenai usaha menyeludup dadah kokain berkenaan daripada periskan dan perkongsian maklumat,” katanya.

Terdahulu, laporan media Jepun NHK melaporkan lima rakyat Malaysia itu disyaki cuba menyeludup kokain yang disembunyikan di dalam kasut mereka.

Empat daripada lima suspek mengaku terhadap dakwaan berkenaan manakala seorang lagi menafikannya.

Kesemua mereka cuba memasuki Jepun dari Malaysia dengan membawa kokain yang dianggarkan bernilai AS$757,300 (kira-kira RM3.2 juta).

Pemeriksaan oleh pegawai kastam di lapangan terbang berkenaan menemukan bungkusan kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut setiap suspek.

Seorang daripada suspek memberitahu pihak berkuasa bahawa dia mengenali seorang individu menerusi aplikasi media sosial yang kemudian memintanya membawa dadah ke luar negara.

Menurut laporan itu, individu berkenaan didakwa menawarkan bayaran lumayan sebagai ganjaran dan menyerahkan sepasang kasut kepadanya untuk digunakan dalam perjalanan tersebut.

The post Waspada terima tawaran bawa kiriman ke luar negara – Mohd Shuhaily appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 3 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWRISINGACCELERATINGnow16:0017:00
Latest 17:36 MYT
45Accelerating
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source
  3. State
    Rising

    3 sources, growth +100%, z 1.8

  4. State
    Accelerating

    growth +100% with positive acceleration

Where it started

Sinar Harian (News)
13 Oct, 15:31 MYT
Origin confidence 90% · 70 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    15:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Harian Metro, Sinar Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.