
Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA – Seorang pengguna Threads meluahkan rasa sedih selepas penerbangan keluarganya dari Senai ke Jeddah dibatalkan pada saat akhir. (Kosmo!, 15:25)
Read the reporting
2 reports
Isu keselamatan Arab Saudi: Penerbangan MAS Senai-Jeddah dijadualkan semula
JOHOR BARU: Malaysia Airlines menjadual semula penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, ke Jeddah yang dijadualkan esok berikutan peningkatan kebimbangan keselamatan yang menjejaskan perjalanan udara di Arab Saudi.
Menerusi notis yang tular di media sosial, syarikat penerbangan itu memaklumkan penerbangan MH154 dari Senai ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz yang sepatutnya berlepas jam 2.50 petang esok dijadualkan semula.
Syarikat penerbangan berkenaan menyatakan pengaturan perjalanan alternatif bagi pembatalan operasi standard akan disediakan dalam tempoh tiga jam, manakala pilihan bagi keadaan luar biasa akan dimaklumkan sebaik sahaja disahkan.
Semua penumpang dinasihatkan supaya tidak hadir ke lapangan terbang sehingga menerima pengesahan mengenai pengaturan penerbangan baharu mereka.
Penjadualan semula itu berlaku susulan laporan gangguan penerbangan yang lebih meluas di Arab Saudi berikutan siri serangan ke atas lapangan terbang di negara berkenaan, khususnya di Riyadh.
Gangguan itu berlaku susulan serangan maut yang dikaitkan dengan pemberontak Houthi dari Yaman, termasuk serangan di lapangan terbang Riyadh pada Sabtu yang mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan lebih 300 orang, menurut pihak berkuasa Arab Saudi.
Isu berkenaan turut menjejaskan perjalanan ibadah apabila jemaah umrah antara penumpang yang terperangkap akibat pembatalan dan kelewatan penerbangan.
Penumpang yang ingin berlepas ke Arab Saudi dinasihatkan menyemak status penerbangan terkini serta urusan tempahan semula secara terus dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum menuju ke lapangan terbang.
Malaysia Aviation Group (MAG) yang juga syarikat induk kepada syarikat penerbangan nasional itu masih belum memberikan maklum balas.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!15:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.