Malaysian Attention Engine
Live wire
47Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi43World : Paris Police Issue Overnight Curfew In 2 Areas To Prevent Further Disorder42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Dana tambahan RM500 juta dilulus untuk kementerian Zahid selepas terlebih belanja40Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF3912 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat38Putin lulus rombakan kerajaan Russia38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals38Jerebu berulang, di mana ketegasan ASEAN? - Penganalisis36Business : GDB Unit Secures RM118.99 Mln Sarawak Flood Forecasting Programme Subcontract35Japan to launch historic round-trip mission to Mars moon34Beijing’s population expected to become super-aged by 2035
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Jauhi pegangan dan amalan syubhat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 06:03 MYTLatest activity 20 Oct, 06:03BMconfidence 60%

What happened

Tasawuf telah lama berakar dalam masyarakat Muslim di Malaysia. Majlis-majlis maulid dan qasidah serta pelbagai versi wirid dan amalan di samping puluhan gerakan tarekat menjadi bukti sosialnya. Namun, apabila diteliti lebih dalam, kita dapat melihat pola menggusarkan dalam kalangan beberapa kelompok pengamal sisi kerohanian Islam ini. (Harian Metro, 06:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

Jauhi pegangan dan amalan syubhat

By Muhammad Yusra Ahmad Hulaimi · 20 Oct, 06:03 MYT

Tasawuf telah lama berakar dalam masyarakat Muslim di Malaysia. Majlis-majlis maulid dan qasidah serta pelbagai versi wirid dan amalan di samping puluhan gerakan tarekat menjadi bukti sosialnya. Namun, apabila diteliti lebih dalam, kita dapat melihat pola menggusarkan dalam kalangan beberapa kelompok pengamal sisi kerohanian Islam ini.

Pertama, ada sebahagian yang tidak berlatar belakangkan pendidikan agama yang kukuh. Mereka 'menemui' tasawuf setelah memasuki alam pekerjaan. Rujukan mereka lebih banyak bersumberkan media sosial berbanding rujukan ulama muktabar.

Kedua, ada juga sebahagian yang berpendidikan asas dalam agama, tetapi tidak mendalam. Mereka adalah lepasan pusat tahfiz dan madrasah persendirian dan pendedahan mereka terhadap tasawuf terhad kepada anjuran majlis maulid dan qasidah, tanpa kesinambungan dalam pengajian Islam secara lebih mendalam.

Akibatnya, pemahaman tasawuf mereka bersifat taklid dan fanatik, tanpa asas yang kukuh. Mereka berpegang dan mengamalkan 'tasawuf popular' - sekadar berbentuk upacara dan amalan, tanpa kefahaman tentang prinsip dan metodologinya - atau lebih teruk, ajaran batil seperti ajaran New Age .

Sekurang-kurangnya dua keburukan lahir daripada keadaan ini. Pertama, banyak pegangan dan amalan bercampur aduk antara ajaran benar dengan fahaman yang menyimpang, lalu melahirkan pegangan dan amalan syubhat yang lebih menyerupai ajaran sesat berbanding tasawuf tulen.

Kedua, imej tasawuf di mata masyarakat tercemar, khususnya pada orang bukan Islam dan sebahagian umat Islam sendiri. Ahli tasawuf sering ditohmah oleh sesetengah pihak sebagai golongan yang lemah daya fikir, mundur, cenderung kepada tahyul dan banyak mencipta bidaah. Maka, pengajian tasawuf berkaedah menjadi kemestian.

Secara umumnya, tasawuf yang diamalkan di Malaysia berpegang kepada manhaj Imam Abu Hamid al-Ghazali (m. 1111). Dalam al-Munqidh min al-Dalal, al-Ghazali menggariskan dua unsur asas dalam tasawuf yang sahih.

Pertama, titik tolak tasawuf mesti bermula dengan ilmu yang benar - tentang Allah, dunia dan akhirat serta taklif insan di dunia dalam kembaranya menuju akhirat. Ini merangkumi keseluruhan rukun Islam dan iman, dikenali sebagai ilmu fardu ain.

Tambahan lagi, selain kesahihan, ilmu fardu ain juga tidak harus terbantut di peringkat asas sahaja, tetapi mesti sentiasa diperdalamkan sesuai dengan usia, kematangan akal dan kapasiti komitmen. Misalnya, mempelajari fiqh solat seharusnya disempurnakan dan disusuli dengan mendalami ilmu rahsia solat. Lagi, seorang ahli perniagaan harus mendalami adab berniaga di samping mempelajari hukum-hakam muamalat. Semua ini dibahaskan oleh al-Ghazali dalam karyanya Ihya' Ulum al-Din. Berdasarkan contoh ini, dapat dilihat bahawa tasawuf juga membentuk sebahagian fardu ain.

Seterusnya, ilmu fardu ain yang sahih dan mendalam melahirkan amal yang bermutu. Amalan sebegini bukan sahaja diterima Allah, malah membersihkan hati dan membentuk peribadi. Seterusnya, hati yang bersih lebih mudah membezakan amalan benar daripada amalan syubhat. Akhirnya, individu berhati bersih menyumbang secara langsung kepada keharmonian dalam masyarakat amnya.

Justeru, dapat dilihat tasawuf berkaedah mengutamakan penyempurnaan ibadah wajib, disusuli ibadah sunat, kemudian baru dihiasi dengan amalan persendirian. Ini tergambar dalam takrifan tasawuf menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, iaitu 'mengamalkan syariat Islam pada tahap ihsan' - iaitu seakan-akan melihat Allah, atau pastinya Allah melihat kita.

Penghayatan sebenar takrifan ini seharusnya memperbetulkan kefahaman dan keutamaan dalam ibadah, dan menjauhkan kita daripada beria-ia mengamalkan sesuatu yang bukan sahaja tidak berdosa jika ditinggalkan, malah berisiko berdosa pula jika diamalkan berpandukan sangkaan dan taklid yang batil, selain juga memelihara akidah daripada pegangan khurafat.

Berhubungan taklid, ahli Sufi seperti Shaykh Ahmad Zarruq (m. 1493) dan karyanya Qawa'id al-Tasawwuf wajar diberikan perhatian. Selain memperkukuhkan pesanan al-Ghazali, Ahmad Zarruq menekankan kepentingan mendapatkan bimbingan guru murshid yang berwibawa. Ini agar kita tidak terjerumus kepada taqlid buta, sebaliknya kita meneladani (iqtida') orang soleh dan ahli Sufi dengan ilmu yang benar.

Dalam al-Kimiya' al-Sa'adah pula, al-Ghazali menyebutkan tujuan tasawuf: untuk meraih kebahagiaan (al-sa'adah) di dunia dan akhirat. Jelas semua ini mustahil dengan pegangan dan amalan batil.

Bagi masyarakat awam, cara terbaik untuk mendalami tasawuf secara berkaedah adalah memperkenalkan semula nama ahli Sufi berwibawa dan menelaah karya mereka. Sosok seperti al-Qushayri, al-Muhasibi, Abu Talib al-Makki dan lain-lain wajar dikaji semula.

Hakikatnya, karya al-Ghazali sendiri pun sudah memadai sebagai sukatan tasawuf. Dalam aspek ilmu, perhatian wajar diberikan kepada karya al-Iqtisad fi al-I'tiqad, Mi'yar al-'Ilm, al-Arba'in fi Usuliddin, dan bab-bab awal dalam Ihya'. Manakala, dalam aspek amal pula, Mizan al-'Amal, Bidayah al-Hidayah dan Minhaj al-'Abidin amat wajar.

Kesimpulannya, mari renungkan pesanan Imam Malik: fiqh tanpa tasawuf membawa kepada kefasikan, namun tasawuf tanpa fiqh membawa kepada zindiq. Jelaslah, tasawuf mesti berakarkan fiqh dan fiqh berakarkan akidah sahih. Amal mesti berpandukan ilmu.

Penulis Editor Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow07:0008:00
Latest 08:11 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 06:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Jauhi pegangan dan amalan syubhat
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.