
Jerebu: Bukit Tinggi, Klang rekod bacaan lebih 300
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM: Sebuah stesen pengesan kualiti udara di Bukit Tinggi, Klang yang menghantar maklumat kepada sebuah syarikat pengumpul data kualiti udara, IQAir melaporkan jerebu di kawasan berkenaan berada pada tahap berbahaya iaitu 336. (Utusan Malaysia, 18:52)
Read the reporting
1 report
Jerebu: Bukit Tinggi, Klang rekod bacaan lebih 300
SHAH ALAM: Sebuah stesen pengesan kualiti udara di Bukit Tinggi, Klang yang menghantar maklumat kepada sebuah syarikat pengumpul data kualiti udara, IQAir melaporkan jerebu di kawasan berkenaan berada pada tahap berbahaya iaitu 336.
Malah, syarikat yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat itu turut memaklumkan, berdasarkan masa nyata sehingga pukul 6.25 petang tadi, kawasan Petaling Jaya antara bandar yang tercemar teruk di Selangor dengan bacaan indeks kualiti udara (AQI) pada tahap 242.
Ia diikuti Klang dengan bacaan AQI sebanyak 214 dan Kuala Selangor 208 yang menunjukkan kualiti udara berada pada tahap sangat tidak sihat.
Turut mencatatkan bacaan pada tahap sama adalah Setia Alam dengan catatan 217 dan Ambang Botanik 2 dengan catatan 253.
Laporan yang boleh diakses secara umum itu turut menunjukkan Kuala Lumpur merekodkan bacaan sebanyak 252 iaitu berada pada kedudukan kedua selepas Petaling Jaya. Di Shah Alam pula, AQI yang direkodkan adalah 165.
Turut direkodkan adalah kualiti udara bagi kawasan di Tanjung Tokong, Pulau Pinang; Kota Samarahan, Sarawak dan Ipoh, Perak apabila masing-masing mencatatkan bacaan 104, 97 dan 85.
Dalam pada itu, IQAir turut menunjukkan pergerakan angin yang kini bergerak dari arah Tenggara menuju ke Barat Laut dan dilihat seperti sedang membawa kesan kebakaran di Kalimantan, Indonesia ke negara ini.
Dibandingkan dengan laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui Sistem Pengurusan IPU (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan bacaan di Klang pada tahap 181, sementara stesen lain terdekat, Johan Setia pula merekodkan bacaan 179.
Di stesen TTDI Jaya, APIMS merekodkan IPU pada tahap 167 dan Damansara Utama 159. Sementara di Kuala Lumpur pula, bacaan 171 direkodkan di Cheras dan 164 di Batu Muda. Putrajaya pula 169. – UTUSAN
The post Jerebu: Bukit Tinggi, Klang rekod bacaan lebih 300 appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia18:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.