Malaysian Attention Engine
Live wire
5112 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat50General : MediAsas plan To Offer Financial, Health Safety Net To Malaysia's M40 -- Dzulkefly46Sport : World Junior C'ships: Zi Yu-Genevie Capture Girls' Doubles Title To End Country's 34-Year Wait45Civil marriage solemnisation does not usurp role of religious leaders, says JPN40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah39Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan37Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua | Sinar Harian36Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda36General : Sahabat MADANI Selangor To Boost Youth Participation In Community Service - Tengku Zafrul35Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating34FAM bakal terima RM102 juta daripada FIFA34Percepatkan projek tebatan, elak banjir berulang
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Jerebu membimbangkan, tapi tak selesa pula pakai pelitup muka

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 09:30 MYTLatest activity 18 Oct, 09:30BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM - Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam, khususnya berkaitan kesan pencemaran udara terhadap kesihatan fizikal.Dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih berada paras tidak sihat sejak akhir-akhir ini, orang ramai disaran mengambil pelbagai langkah perlindungan antaranya memakai pelitup muka N95 terutama ketika berada di luar bangunan atau sewaktu melakukan aktiviti fizikal.Tinjauan Sinar Ahad mendapati rata-ratanya sudah mula merasakan perbezaan apabila kerap mengalami gejala demam, tekak kering, batuk berpanjangan dan k (Sinar Harian, 09:30)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Jerebu membimbangkan, tapi tak selesa pula pakai pelitup muka

By AISYAH BASARUDDIN · 18 Oct, 09:30 MYT

SHAH ALAM - Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang awam, khususnya berkaitan kesan pencemaran udara terhadap kesihatan fizikal.Dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih berada paras tidak sihat sejak akhir-akhir ini, orang ramai disaran mengambil pelbagai langkah perlindungan antaranya memakai pelitup muka N95 terutama ketika berada di luar bangunan atau sewaktu melakukan aktiviti fizikal.Tinjauan Sinar Ahad mendapati rata-ratanya sudah mula merasakan perbezaan apabila kerap mengalami gejala demam, tekak kering, batuk berpanjangan dan kegatalan kulit seluruh badan susulan jerebu.Eksekutif pemasaran, Nur Shafiqa Farhana Shahrin Niza, 29, berkata, pemakaian pelitup muka buat masa sekarang memang digalakkan, cuma terdapat beberapa faktor penghalang misalnya ketidakselesaan dan kesukaran untuk bernafas."Sebenarnya soal pelitup muka ini bukannya saya tak mahu pakai. Bila pakai, saya rasa sesak nafas dan kurang selesa. Kulit muka saya pun semakin teruk."Tapi bila lihat keadaan jerebu yang semakin buruk walaupun setiap hari hujan, saya rasa pemakaian pelitup muka penting sebagai langkah perlindungan walaupun kebanyakan masa saya berada di dalam bangunan."Saya rindukan Malaysia yang udaranya bersih dan sihat. Sekarang kalau nak keluar bersukan pun takut kerana risaukan kesan jerebu terhadap kesihatan saya serta keluarga," katanya.Bagaimanapun pelajar, Nor Didi Natasha Sawi, 24, berpandangan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memakai pelitup muka ketika jerebu dilihat masih kurang berbanding semasa negara menghadapi musibah yang sama sebelum ini.Katanya, segelintir masyarakat mungkin menganggap jerebu tidak begitu serius kerana keadaan itu tidak seteruk pandemik Covid-19 dan dijangka berlaku untuk tempoh singkat sahaja."Dahulu walaupun jerebu tak seteruk mana, sekolah ditutup dan rakyat dinasihatkan memakai face mask. Ada juga yang tidak berani keluar rumah."Sekarang jerebu memang semakin teruk, tak ramai pula yang pakai pelitup muka mungkin kerana tak selesa. Tetapi, tidak dinafikan ramai yang marah dengan isu pembakaran hutan dari negara jiran," ujarnya.Dia secara peribadi merasakan faktor harga dan ketersediaan pelitup muka yang sesuai turut mempengaruhi keputusan orang ramai untuk memakainya."Rakyat Malaysia juga mungkin sudah serik kerana perlu memakai pelitup muka setiap masa sehingga merasa tidak selesa. Selagi belum menjejaskan kesihatan, mereka fikir semuanya baik-baik sahaja."Beberapa kawan saya yang imun tubuh kuat pun tiba-tiba alami batuk dan demam akibat menyedut partikel halus disebabkan jerebu."Saya harap rakyat Malaysia sentiasa menjaga diri dan memakai face mask setiap kali keluar. Semoga kita semua dapat melalui situasi ini sebaik mungkin," katanya.Sementara itu, pekerja swasta, Mohd Riduan Abdul Hamid, 44, berpendapat bahawa selain memakai pelitup muka dan mengelak daripada melakukan aktiviti di luar bangunan, majikan perlu membenarkan amalan bekerja dari rumah (WFH)."Sekolah pun sudah menetapkan dasar penutupan sekolah sekiranya IPU mencecah 200. Bagi saya, ia mesti terpakai untuk syarikat-syarikat juga."Ini kerana selain kanak-kanak yang lemah antibodi dan mudah terkena jangkitan penyakit, golongan dewasa juga tidak terkecuali," katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:00
Latest 10:09 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
18 Oct, 09:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    09:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.