
Johor adakan solat hajat, mohon jerebu beransur pulih
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan melaksanakan solat hajat di seluruh masjid dan surau negeri ini bermula malam ini, susulan keadaan jerebu serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih berada pada tahap tidak sihat. (Utusan Malaysia, 17:09)
Read the reporting
1 report
Johor adakan solat hajat, mohon jerebu beransur pulih
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan melaksanakan solat hajat di seluruh masjid dan surau negeri ini bermula malam ini, susulan keadaan jerebu serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang masih berada pada tahap tidak sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, langkah itu dilaksana sebagai usaha memohon pertolongan dan perlindungan Allah agar keadaan jerebu di Johor beransur pulih.
Menurut beliau, pelaksanaan solat hajat berkenaan akan diadakan secara berterusan di semua masjid dan surau selepas solat fardu Maghrib sehingga kualiti udara dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.
“Umat Islam turut digalak memperbanyakkan doa dan munajat agar kualiti udara kembali baik di samping kesihatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
“Sehubungan itu, seluruh umat Islam di negeri Johor diseru untuk bersama-sama menyertai solat hajat serta memperbanyakkan doa dan munajat agar keadaan jerebu dapat diatasi dengan segera,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tambah beliau, pihaknya berharap usaha ini menjadi ikhtiar bersama dalam memohon kesejahteraan seluruh rakyat.
“Pelaksanaan solat hajat ini juga berupaya menjadi platform penyatuan umat Islam di negeri ini dalam menghadapi ujian fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti udara masa kini,” katanya.-UTUSAN
The post Johor adakan solat hajat, mohon jerebu beransur pulih appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.