Malaysian Attention Engine
Live wire
5040 rumah, 2 jambatan gantung dihanyutkan banjir kilat di Nepal421MDB reaches settlement with Deutsche Bank in US$1.1bil suit39Three cars, three motorcycles buried in Kajang landslide38Pintu air pecah: 50 rumah ‘tenggelam’ di Kampung Pasir36General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad35Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah35Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok35General : Jep Sepahtu Praised For Disclosing RM1.935 Mln In Zakat Payments Over A Decade35World : Over 100 Foreign Trekkers Stranded As Flash Floods Hit Nepal's Manaslu Region35'Pemilik serah tanah kepada warga asing'34General : ANGKASA Wants All Cooperatives To Fulfill Qualification Process To Become MyKasih Business Partners34Local woman allegedly raped by foreigner in shopping mall
NewConfirmedupdated 56 min ago

Pintu air pecah: 50 rumah ‘tenggelam’ di Kampung Pasir

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
39
no previous hour
Momentum
40
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 12 Oct, 16:27 MYTLatest activity 12 Oct, 21:22BMconfidence 59%

What happened

JOHOR BAHRU – Hasrat penduduk Kampung Pasir untuk beristirahat pada waktu malam bertukar cemas apabila lebih 50 buah rumah di kawasan berkenaan dinaiki air sehingga paras betis berikutan kejadian pintu air pecah di Parit Pinjam, malam tadi. (Kosmo!, 16:27)

Read the reporting

2 reports
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Pintu air pecah: 50 rumah ‘tenggelam’ di Kampung Pasir

By KOSMO! · 12 Oct, 16:27 MYT

JOHOR BAHRU – Hasrat penduduk Kampung Pasir untuk beristirahat pada waktu malam bertukar cemas apabila lebih 50 buah rumah di kawasan berkenaan dinaiki air sehingga paras betis berikutan kejadian pintu air pecah di Parit Pinjam, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, limpahan air sungai dari Sungai Skudai memasuki kawasan kediaman penduduk dengan pantas selepas struktur pintu air yang berusia lebih 20 tahun sedia ada mengalami kerosakan.

Ketua Kampung Pasir, Zaini Sinong berkata, walaupun banjir kilat kerap berlaku di kawasan berkenaan, insiden pintu air pecah merupakan kejadian julung kali yang mendatangkan kerisauan teruk dalam kalangan penduduk.

“Kejadian ini berlaku sekitar pukul 12.30 tengah malam dan dianggarkan 50 buah rumah terjejas. Kejadian pintu air pecah ini memang kali pertama berlaku, namun kalau banjir kilat biasa memang kerap terjadi.

“Air masuk sehingga ke paras betis di dalam rumah. Mujur pam air sedia ada masih berfungsi untuk menyedut semula air sungai yang melimpah keluar, jika tidak keadaan mungkin lebih teruk,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut Zainib, kerosakan struktur pada pintu pam berkenaan dipercayai berpunca daripada faktor usia peralatan yang sudah lama.

“Pintu yang rosak ini berkemungkinan besar disebabkan faktor usia. Pam yang ada sekarang ini adalah jenis pam mudah alih yang bersifat sementara. Walaupun pam baharu siap kelak, pam sedia ada ini tetap diperlukan sebagai sokongan,” ujarnya.

Menurut penduduk, Jalil Selamat, 67, ketika kejadian berlaku, dia bersama tiga ahli keluarganya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kejadian.

“Kami memang sudah bersiap sedia kerana dalam tempoh tiga hari ini memang dijangka akan berlaku air pasang dan bila berlaku memang ada risiko rumah dinaiki air. Tetapi kali ini diterukkan apabila pintu air pecah malam tadi hingga menyebabkan air naik dengan begitu cepat,” katanya.

Menurutnya yang telah tinggal di kampung berkenaan sejak 42 tahun lalu, isu banjir di kawasan itu telah berlarutan beberapa tahun dan semakin kerap melanda sejak akhir-akhir ini.

“Sekarang boleh kata dua hingga tiga kali rumah dinaiki air hingga menyebabkan banyak harta benda seperti perabut dan barang elektrik mengalami kerosakan. Malam tadi air surut selepas tiga jam kira-kira 4 pagi. Tetapi pukul 12 tengah hari ini air pasang masuk semula dan rumah dinaiki air disebabkan pintu air belum dibaiki,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pintu air pecah: 50 rumah ‘tenggelam’ di Kampung Pasir appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • Spread across News, YouTube
  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 40first news pick-upNEWnow17:0018:0019:0020:0021:00
Latest 21:59 MYT
39New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. Spread
    YouTube discussion begins (Buletin TV3 (YouTube)) source
  3. News
    First news outlet reports it (Buletin TV3 (YouTube)) source

Where it started

Kosmo! (News)
12 Oct, 16:27 MYT
Origin confidence 90% · 295 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    16:27
  2. Step 2
    YouTube (mainstream)
    Buletin TV3 (YouTube)
    21:22 · +295 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Buletin TV3 (YouTube), Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.