Malaysian Attention Engine
Live wire
551MDB wins appeal for fresh hearing on US$3.7bil judgment against Jho Low, father52Saman fitnah: Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Teresa Kok50Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan47Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan46Rapid KL sedia 85 bas khas sempena Grand Prix Malaysia42General : Dzulkefly: M'sia Pushes For ASEAN Self-reliance In Essential Medicines Amid Global Supply Chain Risks42World : UN Food Agency Cuts Gaza Assistance By One-Third Amid Funding Shortages39Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar38General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games35Natasha terlepas pertahan gelaran, raih perak
NewConfirmedupdated 58 min ago

Jualan syarikat pemula niaga cecah RM202.64 bilion sejak KL20 dilancar

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 16:27 MYTLatest activity 19 Oct, 17:25BMconfidence 86%

What happened

KUALA LUMPUR: Syarikat pemula niaga Malaysia merekodkan jumlah jualan RM202.64 bilion dalam tempoh dua tahun sejak pelancaran inisiatif KL20 pada 2024, dengan kerajaan mahu memastikan perkembangan ekosistem berkenaan terus menjana nilai ekonomi lebih besar menjelang 2030. (Berita Harian, 16:27)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Jualan syarikat pemula niaga cecah RM202.64 bilion sejak KL20 dilancar

By Mohd Zaky Zainuddin · 19 Oct, 16:27 MYT

KUALA LUMPUR: Syarikat pemula niaga Malaysia merekodkan jumlah jualan RM202.64 bilion dalam tempoh dua tahun sejak pelancaran inisiatif KL20 pada 2024, dengan kerajaan mahu memastikan perkembangan ekosistem berkenaan terus menjana nilai ekonomi lebih besar menjelang 2030.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata dalam tempoh sama, kira-kira RM51 bilion pelaburan disalurkan ke dalam ekosistem syarikat pemula niaga, mencerminkan kemajuan yang dicapai dalam usaha membangunkan sektor berkenaan.

Beliau berkata, perkembangan itu perlu diiktiraf, namun kejayaan ekosistem syarikat pemula niaga tidak seharusnya dinilai berdasarkan angka pelaburan dan jualan semata-mata.

Sebaliknya, katanya, Malaysia mahu menjadi antara pilihan utama pengasas syarikat pemula niaga untuk membangunkan perniagaan, menghasilkan penyelesaian baharu dan mengembangkan operasi mereka.

"Matlamat lebih besar adalah untuk memastikan perkembangan sektor itu turut menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi," katanya kepada media selepas sesi Firechat KL20 Kuala Lumpur di sini, hari ini

Bagi mencapai matlamat berkenaan, Akmal berkata, kerajaan menyasarkan nilai keseluruhan syarikat pemula niaga Malaysia mencecah RM400 bilion menjelang 2030, selain meningkatkan pelaburan modal teroka tahunan kepada kira-kira RM750 juta.

Beliau berkata, Malaysia turut berhasrat menempatkan ekosistem syarikat pemula niaga negara dalam kelompok 20 terbaik dunia, selaras dengan aspirasi yang digariskan menerusi inisiatif KL20.

"Bagaimanapun, kedudukan Malaysia ketika ini masih sekitar tangga ke-30 dalam ekosistem syarikat pemula niaga global, dengan negara lain turut berusaha meningkatkan daya saing masing-masing," katanya.

Beliau menjelaskan, Malaysia mempunyai lebih 5,000 syarikat pemula niaga berdaftar, termasuk pertambahan kira-kira 1,600 syarikat dalam tempoh dua tahun sejak 2024.

Namun, katanya, cabaran seterusnya adalah memastikan pertumbuhan itu menghasilkan nilai sebenar, termasuk melalui pengkomersialan penyelesaian, peluasan pasaran dan peningkatan skala perniagaan.

Antara halangan yang dihadapi syarikat pemula niaga ialah mendapatkan pembiayaan, mengakses pasaran dan mengembangkan operasi walaupun sesetengahnya mempunyai idea serta penyelesaian yang berpotensi.

"Justeru, kerajaan mahu menggalakkan lebih banyak penyertaan modal teroka swasta kerana pembiayaan kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan keseluruhan ekosistem," katanya.

Akmal berkata, pelaburan dalam syarikat pemula niaga mempunyai risiko tersendiri dan memerlukan pendekatan berbeza berbanding pembiayaan perniagaan konvensional, terutama dalam menilai potensi serta hasil yang boleh dicapai.

Dalam sektor semikonduktor, kerajaan menyasarkan pewujudan 100,000 pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2030 menerusi Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

Beliau berkata, Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC Design Park) setakat ini sudah menghasilkan kira-kira 1,500 tenaga mahir atau jurutera, namun usaha membangunkan ekosistem industri itu perlu diteruskan bagi mencapai sasaran ditetapkan.

"Pembangunan syarikat pemula niaga juga perlu memanfaatkan kekuatan industri sedia ada di Malaysia, termasuk semikonduktor dan kejuruteraan di Pulau Pinang serta industri kreatif dan peluang rentas sempadan di Johor.

"Pada masa sama, kerajaan mahu meneroka penyelesaian baharu melalui syarikat pemula niaga berasaskan teknologi dan bukan teknologi bagi memenuhi keperluan masyarakat, termasuk cabaran berkaitan perubahan demografi apabila Malaysia menuju status negara menua," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow17:00
Latest 17:25 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 16:27 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    16:27

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.