
Rapid KL sedia 85 bas khas sempena Grand Prix Malaysia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Rapid KL menyediakan sebanyak 85 bas khas bagi memudahkan pengunjung ke PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Oktober hingga 1 November ini. (Utusan Malaysia, 17:27)
Read the reporting
1 report
Rapid KL sedia 85 bas khas sempena Grand Prix Malaysia
PETALING JAYA: Rapid KL menyediakan sebanyak 85 bas khas bagi memudahkan pengunjung ke PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Oktober hingga 1 November ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Syahrul Azmir Ahmad Zaki berkata, perkhidmatan khas itu disediakan bagi memenuhi keperluan mobiliti pengunjung sepanjang acara.
“Setiap tahun, peminat sukan permotoran dari pelbagai lokasi akan berkumpul di Sepang untuk merasai sendiri kemeriahan perlumbaan bertaraf dunia ini.
“Rapid KL berharap perkhidmatan yang disediakan dapat membantu menjadikan perjalanan mereka ke litar lebih mudah dan selesa,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Syahrul Azmir, perkhidmatan bas itu akan beroperasi dari tiga lokasi utama iaitu Hab Bas Pasar Seni yang bersambung dengan Laluan Kelana Jaya dan Laluan Kajang, Hentian Bas KLCC yang bersambung dengan Laluan Kelana Jaya serta Hab Bas KLIA Terminal 2 yang disambungkan dengan ERL Express bagi pengunjung dari lapangan terbang.
Beliau berkata, tambang dari Hab Bas Pasar Seni dan Hentian Bas KLCC ke SIC ialah RM20 untuk perjalanan sehala dan RM35 bagi perjalanan pergi balik manakala tambang dari Hab Bas KLIA Terminal 2 ialah RM12 sehala.
“Bas pertama ke SIC akan bertolak pada pukul 7 pagi dan perkhidmatan terakhir pada pukul 1 tengah hari.
“Bagi perjalanan pulang dari SIC pula, bas pertama bermula pada pukul 4 petang dan yang terakhir pada pukul 7 malam. Semua bas akan beroperasi setiap 30 minit,” katanya.
Katanya, tiket bas khas itu boleh dibeli mulai 22 Oktober ini di Kaunter Khidmat Pelanggan di Stesen KLCC, Stesen Masjid Jamek, Stesen Pasar Seni dan Stesen KL Sentral.
“Kaunter akan dibuka dari 6 pagi hingga 9 malam pada 22 hingga 31 Oktober manakala pada 1 November dari 6 pagi hingga 10 pagi.
“Orang ramai juga boleh mendapatkan tiket di Kaunter Kad Konsesi MyRapid di Hab Bas Pasar Seni dari 9 pagi hingga 4 petang pada 22 hingga 31 Oktober,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pada 30 Oktober hingga 1 November, tiket turut dijual dari 6.30 pagi hingga 12.45 tengah hari di Kaunter 1 dan 2, Aras 1, Hab Pengangkutan, Gateway@KLIA Terminal 2, Hentian Bas KLCC, Jalan Ampang serta Pintu B, Stesen Pasar Seni.
Selain itu, beliau berkata, Rapid KL dengan kerjasama SIC turut menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di sekitar litar sepanjang tempoh acara berlangsung.
“Kesemua bas yang terlibat akan menjalani pemeriksaan keselamatan serta dipantau secara berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan.
“Petugas Rapid KL juga ditempatkan di lokasi strategik bagi membantu pelanggan dan mengurus pergerakan penumpang,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau turut menyarankan pengunjung supaya membeli tiket lebih awal bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan mengelakkan tempoh menunggu yang panjang pada hari acara.
Maklumat lanjut mengenai jadual perjalanan dan pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman web rasmi MyRapid, aplikasi MyRapid PULSE serta saluran media sosial rasmi Rapid KL. – UTUSAN
The post Rapid KL sedia 85 bas khas sempena Grand Prix Malaysia appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.