
Justin Hoh buka kempen Malaysia Super 100 dengan kemenangan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
ISKANDAR PUTERI: Pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh memulakan kempen ALLIANZ Malaysia Super 100 2026 dengan kemenangan selepas menewaskan pemain Korea Selatan, Kim Hae-deun, 21-15, 21-16 di Arena Tertutup, Kompleks Sukan EduCity, hari ini. (Berita Harian, 18:15)
Read the reporting
1 report
Justin Hoh buka kempen Malaysia Super 100 dengan kemenangan
ISKANDAR PUTERI: Pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh bertekad merangkul gelaran Malaysia Super 100 2026 selepas memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan pemain Korea Selatan, Kim Hae Deun, 21-15, 21-16 dalam aksi pusingan kedua di Arena Tertutup, Kompleks Sukan EduCity, hari ini.
Justin yang menghuni ranking ke-45 dunia berkata, kemenangan itu menjadi suntikan semangat untuknya memperbaiki prestasi menjelang aksi pusingan ketiga dalam misi memburu gelaran di laman sendiri.
"Saya sangat gembira dapat memenangi perlawanan ini dan berharap dapat beraksi dengan lebih baik esok. Kejohanan ini amat penting bagi saya kerana berlangsung di halaman sendiri, dan saya berharap dapat memenangi gelaran untuk Malaysia," katanya.
Sementara itu, kempen beberapa pemain perseorangan lelaki negara berakhir lebih awal apabila Cheam June Wei tewas kepada pemain China, Dong Tian Yao, 23-21, 11-21, manakala Ong Zhen Yi turut tersingkir selepas kalah kepada Wang Zi Jun dari China, 17-21, 14-21.
Jacky Kok juga gagal melepasi halangan Dong Tian Yao apabila tewas 14-21, 14-21, sementara Eogene Ewe tunduk kepada pemain India, Tushar Suveer, 13-21, 17-21.
Bagaimanapun, Aidil Sholeh Ali Sadikin meneruskan kemaraan selepas menewaskan rakan senegara, Razeeq Danial, 21-11, 21-13.
Dalam acara perseorangan wanita, Eng Ler Qi tewas kepada pemain India, Malvika Bansod, 7-21, 14-21, manakala Goh Jin Wei turut tersingkir selepas kalah kepada pemain Indonesia, Thalita Ramadhani Wiryawan, 17-21, 16-21.
Lim Zhi Shin juga gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada pemain China, Xu Wen Jing, 13-21, 19-21.
S Kisona pula menarik diri daripada perlawanan menentang pemain Indonesia,
Mutiara Ayu Puspitasari.
Dalam acara beregu campuran, pasangan negara, Tan Zhi Yang-Teoh Mei Xing, turut gagal meneruskan cabaran selepas tewas kepada gandingan Korea Selatan, Jin Sung Ik-Lee Seung Hee 21-17, 17-21, 15-21.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.