Malaysian Attention Engine
Live wire
75Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan69General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar61Bantuan awal pendidikan BAP ditingkatkan kepada RM200 setiap murid61General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon59Budget 2027: Early schooling aid increased to RM200 for every student58Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m57General : Budget 2027: PTPTN Loan Repayments Deferred For Borrowers Earning Below RM2,50053Belanjawan 2027: Bayaran balik PTPTN tangguh untuk gaji RM2,500 sebulan52Suara pelajar, harapan untuk Belanjawan 202750Kerajaan Tambah 100,000 Lagi Langganan Ai Percuma Kepada Anak Muda50BELANJAWAN 2027 | Cuti Bersalin Penjawat Awam Naik Daripada 360 Kepada 490 Hari50Budget 2027: Government to rollout MediAsas insurance starting Jan 2027
NewUnconfirmedupdated 9 h ago

Kakitangan sekolah maut, dua guru cedera dalam serangan pisau di Poland

Only social or community posts, or a single source.

Attention
13
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 08:50 MYTLatest activity 9 Oct, 08:50BMconfidence 60%

What happened

WARSAW: Seorang kakitangan sekolah berusia 37 tahun maut selepas ditikam oleh bekas pelajar dalam satu serangan di sebuah sekolah rendah di Leszczydol-Nowiny, utara Warsaw, menurut pihak berkuasa Poland. (Astro Awani (BM), 08:50)

Read the reporting

1 report
Photo: Astro Awani (BM)
Astro Awani (BM)·News·BM·2 min read

Kakitangan sekolah maut, dua guru cedera dalam serangan pisau di Poland

9 Oct, 08:50 MYT

WARSAW: Seorang kakitangan sekolah berusia 37 tahun maut selepas ditikam oleh bekas pelajar dalam satu serangan di sebuah sekolah rendah di Leszczydol-Nowiny, utara Warsaw, menurut pihak berkuasa Poland.

Polis berkata suspek berusia 15 tahun memasuki kawasan sekolah sekitar jam 9 pagi waktu tempatan sebelum menyerang mangsa dengan pisau.

Serangan itu berjaya dihentikan selepas seorang guru dan guru besar sekolah berkenaan bertindak menahan suspek.

Kedua-dua mereka turut mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, berkata remaja itu memakai topi keledar yang dipasang kamera dan dipercayai berniat merakam serangan berkenaan.

Media tempatan melaporkan mangsa cuba menghalang suspek daripada memasuki kawasan sekolah sebelum diserang.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Karolina Galecka, suspek membawa tiga bilah pisau ketika kejadian berlaku.

Beliau berkata motif serangan masih belum diketahui, walaupun suspek pernah belajar di sekolah yang sama.

Guru dan guru besar yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak menghadapi ancaman terhadap nyawa.

Insiden itu berlaku sehari selepas seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu lagi serangan pisau di sebuah sekolah yang menyebabkan sembilan individu cedera.

Pada hari yang sama, pihak berkuasa turut menggagalkan satu lagi serangan yang dirancang oleh seorang remaja berusia 17 tahun di bandar Sierpc, barat laut Warsaw.

Menteri Dalam Negeri, Marcin Kierwinski, berkata remaja terbabit ditahan selepas menyatakan di kawasan sekolah bahawa dia bercadang melakukan sesuatu yang berbahaya dan mencederakan seseorang.

Hasil pemeriksaan polis menemui dua bilah pisau dalam simpanannya.

Menurut Kierwinski, siasatan mendapati remaja itu turut mencari maklumat di internet mengenai cara melakukan serangan ganas.

Susulan beberapa kejadian dalam tempoh singkat itu, Tusk menyuarakan kebimbangan kemungkinan lebih banyak serangan seumpamanya akan ditiru oleh pihak lain dan mengarahkan polis meningkatkan kehadiran di sekolah-sekolah.

Beliau turut mengarahkan anggota polis mengadakan lawatan harian ke institusi pendidikan bagi mencegah kejadian keganasan yang sama berulang.

Media tempatan, yang memetik sumber polis, melaporkan pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan beberapa insiden berkenaan mempunyai kaitan dengan cabaran yang tular di internet.

Text and pictures from Astro Awani (BM), shown with attribution.Read at Astro Awani (BM)

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:0014:0017:00
Latest 17:59 MYT
13New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Astro Awani (BM)) source

Where it started

Astro Awani (BM) (News)
9 Oct, 08:50 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Astro Awani (BM)
    08:50

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Astro Awani (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kakitangan sekolah maut, dua guru cedera dalam serangan pisau di Poland · Malaysian Attention Engine