
Dua pelajar senior didakwa bunuh pelajar tingkatan dua di asrama
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Dua pelajar senior didakwa bunuh pelajar tingkatan dua di asrama (Google News Malaysia (BM), 12:05)
Read the reporting
1 report
Dua suspek kes buli SMK Za’ba didakwa membunuh
KUALA PILAH: Dua pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba didakwa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan, pada 25 September lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh berikutan pertuduhan membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dibacakan di hadapan hakim yang bertindak sebagai Majistret, Roslinda Razali.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, di Blok A, Asrama Putra, SMK Za’aba, antara pukul 7.30 malam hingga 8.50 malam, 25 September lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hassan dan Muhd. Wajih Zakwan Hanif.
Sementara itu, Hanif berkata, pihak pembelaan memohon supaya kedua-dua tertuduh diberikan intervensi kaunseling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh penahanan.
“Pihak pembelaan ada memohon kepada mahkamah supaya kedua-dua penama dihantar ke pusat koreksional sementara menunggu tarikh akan datang.
“Ini bagi membolehkan intervensi dari aspek kaunseling diberikan oleh JKM untuk membantu kedua-dua penama darpadai segi mental dan emosi, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini.
Mahkamah menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Idlan ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital pada 25 September lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, mangsa dipercayai dipukul menggunakan paip getah dan tangan di asrama berkenaan selepas solat Maghrib.
Beliau turut memaklumkan lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh salah seorang tertuduh manakala 69 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Jumlah itu membabitkan 53 pelajar, empat guru, tiga warden, enam ibu bapa, dua doktor dan seorang jurulatih tinju.-UTUSAN.
Why it is new
- 3 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)12:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.



