
Kali pertama lalui kawasan protes, rakyat Malaysia di Paris kongsi lihat gas pemedih mata, kebakaran sepanjang laluan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: "Saya terpaksa melalui kawasan protes dan melihat sendiri gas pemedih mata serta kebakaran di sepanjang laluan," demikian kongsi Mohd Izdiharuddin Sulaiman, mengenai pengalamannya berada di tengah lokasi rusuhan di Paris. (Berita Harian, 20:28)
Read the reporting
2 reports
Rusuhan di Paris: 'Saya terpaksa lalui kawasan protes, lihat sendiri kebakaran sepanjang laluan'
razis@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Dalam perjalanan pulang ke apartmen, saya terpaksa melalui kawasan protes dan dapat melihat sendiri gas pemedih mata serta kebakaran di sepanjang laluan."
Demikian pengalaman Pengarah Urusan Royal Chef Products (M) Sdn Bhd, Mohd Izdiharuddin Sulaiman yang menyertai paamran Salon International de l'Alimentation (SIAL) Paris 2026 di Paris-Nord Villepinte, Perancis, dari 17 hingga 21 Oktober ini.
Mohd Izdiharuddin berkata, dia bersama lebih 100 peserta pameran dari Malaysia tiba di negara itu pada Jumaat lalu, sehari sebelum rusuhan berlaku.
"Rusuhan itu menyebabkan perkhidmatan tren tidak beroperasi, jadi saya terpaksa berjalan dari stesen utama ke tempat penginapan di pusat bandar. Ini kali pertama saya benar-benar berada di kawasan rusuhan.
"Pada ketika itu, saya akui takut peserta protes mengapa-apakan kami, tetapi mujurlah mereka tidak berbuat apa-apa kerana saya memakai sut," katanya menerusi panggilan video di sini, hari ini.
Mohd Izdiharuddin dia turut melihat beberapa kedai pakaian dan aksesori tempatan dirompak.
Bagaimanapun, katanya, butik terkenal seperti Louis Vuitton, Hermes dan Rolex masih selamat kerana menggunakan kaca kalis peluru bagi menghalang individu daripada memasuki premis, selain mempunyai pengawal keselamatan.
Terdahulu, media melaporkan gelombang rusuhan dan protes besar-besaran melanda beberapa negara di Eropah sejak September lalu, sebelum memuncak di beberapa bandar raya utama, termasuk Paris serta Milan, Itali, pada Sabtu waktu tempatan.
Krisis itu dilaporkan berpunca daripada kemarahan terhadap beberapa isu, khususnya kebajikan pelajar, kemerosotan perkhidmatan awam dan peningkatan kos sara hidup.
Berkongsi keadaan di sekitar tempat penginapannya, beliau berkata, suasana pada waktu siang tenang dengan kedai beroperasi seperti biasa.
"Bagaimanapun, kehadiran anggota keselamatan dan polis lebih ketara pada lewat malam," katanya.
Mohd Izdiharuddin mengakui keluarganya di Malaysia bimbang dengan keselamatannya dan meminta dia pulang segera.
"Saya berhubung dengan keluarga setiap hari. Mereka bimbang dan meminta saya menukar penerbangan untuk pulang lebih awal daripada jadual asal pada Sabtu minggu depan.
"Setakat ini, saya lihat keadaan masih terkawal dan akan terus berada di sini sehingga program selesai,"katanya.
Pengalaman sama turut dilalui, Pengarah Urusan Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd, Abdul Malek Manap yang melihat ramai individu, terutama remaja, berkumpul di stesen kereta api berhampiran lokasi penginapan dipercayai mahu menyertai rusuhan itu ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman.
"Saya nampak kumpulan orang datang dari pelbagai arah, termasuk lorong dan jalan, menuju ke stesen kereta api itu. Saya tidak pasti mereka hendak ke mana, tetapi keadaan itu membuatkan saya takut.
"Saya hanya fikir mahu segera sampai ke hotel, masuk ke bilik dan mengunci pintu. Kira-kira 15 minit selepas tiba, rakan yang berada di lokasi lain mula menghantar gambar keadaan yang berlaku," katanya.
Abdul Malek berkata, dia turut dimaklumkan mengenai rakannya yang terpisah daripada suaminya selepas terkena gas pemedih mata..
"Ada rakan yang terkena gas pemedih mata dan terpisah daripada suaminya ketika keadaan kecoh, tetapi Alhamdulillah, semuanya selamat," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Farmers River International Sdn Bhd, Zaini Rahman berkata, protes tertumpu di beberapa kawasan di Paris, tidak memberi kesan kepada kehadiran pengunjung ke pameran itu.
"Pada Sabtu dan Ahad, pengunjung agak kurang, tetapi hari ini sudah ramai. Pelanggan dan bakal pembeli juga mengunjungi ruang pameran kami.
"Hari ini semuanya teratur dan urusan berjalan seperti biasa," katanya.
Mengulas keselamatan di pusat pameran, dia Zaini berkata pengunjung dan peserta perlu melalui pemeriksaan ketat sebelum dibenarkan masuk.
"Keselamatan di pusat pameran sangat baik. Mereka menjaga peserta pameran antarabangsa dengan baik," katanya.
Zaini berkata, Kedutaan Malaysia turut menasihatkan mereka supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta memaklumkan lokasi masing-masing.
"Kami sudah mendaftarkan nama dengan Kedutaan Malaysia. Mereka mengetahui keberadaan kami, memberikan perkembangan semasa dan memantau keadaan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian20:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.