
Kamara senjata baharu Negeri Sembilan FC
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kamara senjata baharu Negeri Sembilan FC (Harian Metro, 14:04)
Read the reporting
2 reports
Kamara senjata baharu Negeri Sembilan FC
sukan@hmetro.com.my
SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) terus berusaha untuk memperkukuhkan lagi jentera serangan pasukan itu bagi mengharungi seterusnya saingan Liga Super musim 2026/2027, apabila mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Mauritania, Aboubakar Kamara.
Perpindahan bekas penyerang Fulham berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan skuad Hoben Jang Hoben dalam laman rasmi pasukan itu.
"Aboubakar Kamara menjadi tonggak import terbaru skuad Negeri Sembilan FC. Pengalaman luas di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL), kancah Eropah dan saingan Asia kini secara rasmi berlabuh di bumi Tanah Beradat.
"Negeri Sembilan FC dengan ini memperkenalkan penyerang berbisa antarabangsa Mauritania, Aboubakar Kamara sebagai sandaran baharu jentera serangan pasukan," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan, hari ini.
Kamara bukan asing dengan bola sepak Asia kerana pernah beraksi untuk kelab Al-Jazira (Emiriah Arab Bersatu (UAE)), Sepahan (Iran) dan Kanchanaburi Power FC (Thailand).
Pemain skuad kebangsaan Mauritania itu kini memiliki 26 penampilan dan lapan gol di peringkat antarabangsa.
Kehadiran bekas penyerang AS Monaco itu dilihat tonik buat ketua jurulatih Negeri Sembilan, Daniel Gimenez selepas beliau terpaksa melupakan khidmat penyerang Jepun, Mio Tsuneyasu yang berehat panjang selepas menjalani pembedahan.
"Kehadiran Kamara dalam pasukan diharap dapat memberi suntikan semangat kepada rakan yang lain dalam pasukan ketika mendepani cabaran Liga Super yang masih di peringkat awal selepas cabaran dalam Piala FA tersasar.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.