
Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA: Indonesia cuba guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu tebal akibat kebakaran hutan di republik itu, sehingga memaksa sekolah ditutup di beberapa negara Asia Tenggara. (Berita Harian, 12:22)
Read the reporting
1 report
Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu
JAKARTA: Indonesia cuba guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu tebal akibat kebakaran hutan di republik itu, sehingga memaksa sekolah ditutup di beberapa negara Asia Tenggara.
Menerusi 'formula' baharu itu, pesawat akan digunakan untuk menyebarkan butiran ais kering di ruang udara wilayah Sumatera Selatan, diharapkan mampu mengurangkan penyebaran asap berbahaya yang menyelubungi rantau itu sejak beberapa minggu lalu.
Timbalan Modifikasi Cuaca di Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) Indoensia, Tri Handoko Seto, berkata ujian pertama dijangka dijalankan hari ini.
Lapor agensi berita ANTARA, Gabenor Sumatera Selatan, Herman Deru, berkata antara kawasan ditetapkan untuk melaksanakan ujian itu adalah Palembang dan sebuah lagi daerah berhampiran.
Setakat ini, lebih 70 operasi pengubahan cuaca dilaksanakan di Sumatera Selatan sahaja, menurut kerajaan wilayah berkenaan, namun asap tebal masih menyelubungi beberapa kawasan.
Indonesia kini berdepan musim kebakaran terburuk dalam tempoh beberapa tahun.
Keadaan kering berpanjangan didorong fenomena El Nino kuat memburukkan lagi kebakaran akibat aktiviti pembersihan tanah sehingga merebak di luar kawalan.
Keadaan itu sekali gus mencetuskan jerebu tebal serta asap berbahaya yang menyelubungi sebahagian besar Sumatera dan Borneo.
Kesan jerebu itu turut dirasai di luar Indonesia, terutama Singapura dan Kuala Lumpur, yang terletak berhampiran, yang tergolong antara 10 bandar raya utama paling tercemar di dunia dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Penggunaan ais kering atau karbon dioksida pepejal dalam pengubahsuaian cuaca bermula pada 1946, apabila penyelidik Amerika Syarikat (AS), Vincent Schaefer, mendapati bahan itu boleh mencetuskan pembentukan ais dalam awan.
Tentera AS menguji kaedah menjatuhkan ais kering yang dihancurkan ke dalam taufan pada 1947, manakala pada tahun sama, saintis Australia turut menggunakan kaedah itu untuk menghasilkan hujan.
Di Indonesia, teknik berkenaan bertujuan memecahkan fenomena songsangan suhu atmosfera, keadaan apabila lapisan udara panas memerangkap udara lebih sejuk dan asap kebakaran berhampiran permukaan bumi.
Pengarah Operasi Pengubahsuaian Cuaca BMKG, Budi Harsoyo, berkata secara teori, ais kering yang menyejukkan udara sekeliling dengan pantas boleh mengganggu fenomena songsangan suhu, sekali gus membolehkan bahan pencemar tersebar.
Daripada cuba menghapuskan asap di seluruh wilayah, beliau berkata pihak berkuasa merancang memberi tumpuan kepada kawasan yang terletak di arah datangnya angin menuju lapangan terbang.
Langkah itu bertujuan meningkatkan jarak penglihatan supaya pesawat pengebom air dan pesawat pembenihan awan dapat kembali beroperasi.
Berbeza dengan kaedah pembenihan awan konvensional, teknik menggunakan ais kering itu tidak memerlukan kewujudan awan sedia ada dan bukan bertujuan menghasilkan hujan.
Mengenai keberkesanan teknik itu untuk menangani jerebu kebakaran hutan dalam keadaan iklim tropika, beliau berkata ia masih belum dapat dipastikan. - AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.