
'Kami mahu kanak-kanak fahami Islam dengan betul di peringkat awal kehidupan'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Kami mahu kanak-kanak fahami Islam dengan betul di peringkat awal kehidupan' (Harian Metro, 17:58)
Read the reporting
1 report
'Kami mahu kanak-kanak fahami Islam dengan betul di peringkat awal kehidupan'
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, saya amat bersyukur atas pengiktirafan ini.
"Anugerah ini bukan milik saya tetapi juga kanak-kanak, pendidik, pemegang lesen, pemegang francais, ahli pasukan, ibu bapa serta semua pihak yang meletakkan kepercayaan terhadap misi saya selama ini."
Itu kata pengasas bersama, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International Sdn Bhd (LCISB), Datuk Roslan Nordin yang menerima Anugerah Kepimpinan Pendidikan Awal Kanak-kanak Islam sempena majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Swasta 2026 edisi ke-12 baru-baru ini.
Anugerah itu disampaikan ketika majlis yang diadakan di sebuah hotel dekat ibu negara.
Roslan, 62, berkata, anugerah itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha syarikat memupuk kanak-kanak melalui pendidikan awal kanak-kanak Islam yang berkualiti.
"Sejak perjalanan saya dan isteri (Datin Dr Sabariah Faridah Jamaluddin, 62) bermula pada 2003, visi kami kekal jelas iaitu untuk menerangi kanak-kanak dengan cahaya Islam pada peringkat awal kehidupan mereka.
"Matlamat kami adalah melihat mereka (kanak-kanak) mempunyai kefahaman yang betul serta sikap positif terhadap Islam dan ilmu pengetahuan.
"Insya-Allah, pengiktirafan diterima itu akan memberi inspirasi kepada kami untuk terus menambah baik, berinovasi dan berkhidmat demi anak serta keluarga dengan penuh amanah," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Roslan, beliau berterima kasih kepada panel hakim selain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Koperasi Pendidikan Swasta Malaysia Berhad (EduCoop) dan Persatuan Kebangsaan Institusi Pendidikan Swasta (NAPEI) atas penganjuran anugerah berkenaan.
"Anugerah ini besar maknanya buat saya kerana bukan hanya melambangkan satu pencapaian bagi organisasi.
"Sebaliknya, ia satu tanggungjawab baharu untuk terus meningkatkan piawaian dan memberi sumbangan positif terhadap pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di negara ini," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro17:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.