Malaysian Attention Engine
Live wire
43Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF37Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games36Business : Malaysia Records Highest Economic Freedom Score Since 1970 - CME358 pakej Pan Borneo Sabah sepanjang 177km dibuka berperingkat tahun ini - Joachim34World : Microsoft Leaves UK Data Centre Project Due To Lack Of Power Supply - Reports33World : Russian, Iranian Foreign Ministers Hold Talks In Tehran33Singapura ikrar tindakan undang-undang lebih tegas terhadap syarikat terlibat jerebu32'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat32Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare31General : MP Allocations, Foreign Nationals Among Key Issues In 2027 Budget Debate31Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan31Polis Indonesia sahkan penglibatan pihak asing dalam 98 kes kebakaran hutan
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Kapal selam autonomi Ghost Shark Australia ada ‘taring baharu’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 20:11 MYTLatest activity 19 Oct, 20:11BMconfidence 60%

What happened

SYDNEY: Australia memperkukuh keupayaan peperangan bawah laut dengan melengkapkan kapal selam autonomi Ghost Shark dengan kumpulan dron udara dan periuk api laut, menurut Kementerian Pertahanan negara itu pada Isnin. (Utusan Malaysia, 20:11)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Kapal selam autonomi Ghost Shark Australia ada ‘taring baharu’

By Wartawan Luar Negara · 19 Oct, 20:11 MYT

SYDNEY: Australia memperkukuh keupayaan peperangan bawah laut dengan melengkapkan kapal selam autonomi Ghost Shark dengan kumpulan dron udara dan periuk api laut, menurut Kementerian Pertahanan negara itu pada Isnin.

Syarikat pemula teknologi pertahanan Amerika Syarikat (AS), Anduril bersama saintis pertahanan Australia membangunkan kapal selam tanpa pemandu bersaiz sangat besar itu. Syarikat berkenaan turut membina armada Ghost Shark untuk Canberra menerusi kontrak bernilai 1.8 bilion dolar Australia (RM5.12 bilion).

Australia, Britain dan AS yang bekerjasama menerusi pakatan AUKUS, berikrar tahun ini untuk membangunkan muatan yang boleh saling digunakan bagi dron dalam peperangan bawah laut, selain kerjasama membabitkan kapal selam berkuasa nuklear.

Menteri Industri Pertahanan Australia, Pat Conroy di Sydney pada Isnin berkata, tiga jenis muatan diluluskan selepas melalui ujian sulit bagi melaksanakan tugas yang ‘tidak mahu diserahkan kepada manusia’.

Beliau berkata kepada pemberita, Ghost Shark boleh membawa sehingga 12 periuk api laut, peralatan untuk pasukan khas serta dron udara Altius keluaran Anduril yang boleh dilancarkan dari laut untuk membentuk kumpulan bagi menjalankan peninjauan dan serangan.

“Pihak yang berpotensi menjadi musuh perlu mengambil kira kemungkinan setiap kontena perkapalan di dermaga Australia mengandungi sebuah Ghost Shark.

“Bukan sahaja kontena perkapalan itu mungkin mengandungi Ghost Shark, malah kapal selam itu kini mempunyai ‘taring’,” katanya.

Australia, yang bimbang dengan perkembangan pesat armada tentera laut China serta ketegangan di Laut China Selatan, sedang meningkatkan pelaburannya dalam teknologi dron.

Pegawai berkata, Ghost Shark mampu bergerak dalam jarak jauh dan akan beroperasi bersama armada kapal selam yang dikendalikan kru manusia.

Conroy berkata, beberapa negara lain turut menunjukkan minat untuk mendapatkan Ghost Shark.

Pengarah perisikan Tentera Laut AS memberitahu sebuah jawatankuasa kerajaan AS pada Mei, China memberi tumpuan kepada pembangunan sensor bawah laut, senjata dan kenderaan autonomi bagi mengekang kapal selam AS.

Awal bulan ini, Anduril memenangi kontrak Tentera Laut AS bernilai AS$2.9 bilion (RM11.83 bilion) untuk membina komponen bagi kapal selam kelas Virginia milik negara itu. Syarikat berkenaan turut mengumumkan rancangan membina limbungan kapal selam baharu di AS.

Washington sedang berusaha mempercepat pengeluaran kapal selam bagi membolehkan penjualannya kepada Australia menerusi perjanjian AUKUS.-AFP

The post Kapal selam autonomi Ghost Shark Australia ada ‘taring baharu’ appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 20:41 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
19 Oct, 20:11 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    20:11

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.