
Kedah Eagles juara Divisyen 1 STL 2026
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Kedah Eagles muncul juara Liga Sepaktakraw (STL) Divisyen 1 2026 selepas menewaskan Bomba Fighters 2-1 dalam aksi final di Akademi Sepaktakraw Malaysia, hari ini. (Kosmo!, 23:54)
Read the reporting
1 report
Kedah Eagles juara Divisyen 1 STL 2026
KUALA LUMPUR – Kedah Eagles muncul juara Liga Sepaktakraw (STL) Divisyen 1 2026 selepas menewaskan Bomba Fighters 2-1 dalam aksi final di Akademi Sepaktakraw Malaysia, hari ini.
Lebih manis, kemenangan 13-15, 15-11, 15-8 itu sekali gus menamatkan penantian 10 tahun Kedah Eagles untuk kembali beraksi dalam divisyen utama Premier STL, selain menghadiahkan trofi kejuaraan kepada skuad kendalian Mohd Zahir Safinyi.
Pada perlawanan tersebut, Kedah Eagles terpaksa bangkit selepas tewas pada set pertama apabila Bomba Fighters mempamerkan aksi kemas menerusi gandingan tekong import Thailand, Apinann Promjaree, pengumpan Syazreen Qamar dan perejam Shahrul Ishaq untuk menang 15-13.
Kedah Eagles kemudian memperkemas permainan pada set kedua, terutama menerusi kawalan bola pertama dan hantaran tepat pengumpan Zulhusni Basri yang membuka ruang buat perejam import Thailand, Hafeesorn Hnahno menyempurnakan libasan tajam untuk mengikat kedudukan selepas menang 15-11.
Momentum kebangkitan itu diteruskan pada set penentuan apabila servis bertenaga Amar Roslan dan benteng pertahanan yang lebih ampuh berjaya mematahkan asakan lawan sebelum Kedah Eagles menoktahkan kemenangan 15-8 untuk merangkul kejuaraan.
Ketua jurulatih Kedah Eagles, Mohd Zahir memuji semangat juang anak buahnya yang tidak berputus asa biarpun kehilangan set pertama, sambil menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian membanggakan selepas pasukan pada awalnya hanya menyasarkan tiket ke pentas Premier.
“Perlawanan malam ini memang sengit. Pada mulanya Bomba mendapatkan set pertama, tetapi kami cuba bangkit pada set kedua dan meneruskan rentak itu pada set penentuan.
“Sasaran asal pihak pengurusan sebenarnya hanya untuk naik ke Liga Premier, bukannya menjangkakan kami akan sampai ke final. Namun, kami mengambil pendekatan langkah demi langkah dan apabila peluang berada di depan mata, saya pesan kepada pemain supaya menggenggam peluang itu sehingga menjadi juara,” katanya selepas perlawanan.
Mengulas faktor kemenangan, Mohd Zahir berkata keupayaan mengawal bola pertama dan memperkukuh pertahanan menjadi kunci kebangkitan pasukannya, selain menyifatkan sokongan peminat dan rakyat Kedah sebagai pembakar semangat pemain.
“Alhamdulillah, hasil doa rakan-rakan, peminat dan sokongan padu rakyat negeri Kedah, ia menjadi kenyataan. Terima kasih kepada pemain yang bertungkus-lumus sehingga kami bergelar juara,” katanya. -KOSMO! ONLINE
The post Kedah Eagles juara Divisyen 1 STL 2026 appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!23:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.