
Kejar impian e-sukan, pendidikan jangan diketepikan - Soloz
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kuching: Kisah kejayaannya sudah diangkat ke layar perak, namun Soloz mengingatkan anak muda supaya tidak melihat pencapaiannya sebagai alasan meninggalkan pelajaran demi mengejar kerjaya sukan elektronik (e-sukan). (Harian Metro, 16:19)
Read the reporting
1 report
Kejar impian e-sukan, pendidikan jangan diketepikan - Soloz
Kuching: Kisah kejayaannya sudah diangkat ke layar perak, namun Soloz mengingatkan anak muda supaya tidak melihat pencapaiannya sebagai alasan meninggalkan pelajaran demi mengejar kerjaya sukan elektronik (e-sukan).
Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria, 33, mengingatkan anak muda yang bercita-cita menceburi bidang e-sukan supaya tidak mengabaikan pendidikan demi mengejar impian menjadi pemain profesional.
Pemain e-sukan dan personaliti digital itu berkata golongan berkenaan perlu menyediakan pilihan kedua bagi menjamin masa depan.
Katanya, kejayaan dalam arena kompetitif tidak seharusnya dijadikan alasan untuk meninggalkan pelajaran, terutama ketika masih di bangku sekolah.
Beliau berkata golongan muda boleh mengejar impian dalam e-sukan, namun perlu melengkapkan diri dengan pendidikan atau kemahiran yang membolehkan mereka meneruskan kehidupan sekiranya tidak berjaya dalam bidang berkenaan.
"Contoh mungkin ada orang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia terus tidak mahu belajar dan sebagainya, biarlah sekurang-kurangnya melanjutkan pendidikan peringkat sijil," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Karnival Ulang Tahun Ke-10 Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di sini.
Soloz berkata, peminat sering melihat kejayaan yang dikecapinya hari ini tanpa mengetahui persediaan dan cabaran yang dilalui sebelum berjaya membina nama dalam industri e-sukan.
Katanya, beliau sendiri menyambung pengajian selepas tamat persekolahan bagi memastikan mempunyai sandaran ketika mencuba nasib dalam bidang itu.
Kisah perjalanan Soloz daripada arena permainan kompetitif hingga menjadi personaliti kandungan digital turut mendapat perhatian industri hiburan apabila pengalaman hidupnya diangkat ke layar perak menerusi filem Soloz: Game of Life arahan Syafiq Yusof.
Bagaimanapun, beliau berkata, kejayaan dalam pertandingan e-sukan menuntut pengorbanan masa bersama diri sendiri dan keluarga, selain latihan berterusan untuk memastikan prestasi sentiasa berada pada tahap terbaik.
"Kalau kita buat suam-suam kuku, mungkin pihak lawan kita akan lebih extra dan kita akan kalah," katanya.
Mengulas perkembangan industri itu, Soloz berkata, pertumbuhan e-sukan di Malaysia turut membuka peluang pekerjaan dalam bidang lain di luar gelanggang pertandingan, termasuk penganjuran acara, produksi dan penciptaan kandungan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.