Malaysian Attention Engine
Live wire
43Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF37Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games36Business : Malaysia Records Highest Economic Freedom Score Since 1970 - CME358 pakej Pan Borneo Sabah sepanjang 177km dibuka berperingkat tahun ini - Joachim34World : Microsoft Leaves UK Data Centre Project Due To Lack Of Power Supply - Reports33World : Russian, Iranian Foreign Ministers Hold Talks In Tehran33Singapura ikrar tindakan undang-undang lebih tegas terhadap syarikat terlibat jerebu32'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat32Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare31General : MP Allocations, Foreign Nationals Among Key Issues In 2027 Budget Debate31Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan31Polis Indonesia sahkan penglibatan pihak asing dalam 98 kes kebakaran hutan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Kemelut royalti muzik: Karyawan tuntut penjelasan tiga badan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 21:02 MYTLatest activity 19 Oct, 21:02BMconfidence 60%

What happened

Kemelut royalti muzik: Karyawan tuntut penjelasan tiga badan (Harian Metro, 21:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Kemelut royalti muzik: Karyawan tuntut penjelasan tiga badan

By Puteri Alia Zanaruddin · 19 Oct, 21:02 MYT

puterialia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa Music Authors Copyright Protection (MACP), Recording Performers Malaysia (RPM) dan Public Performance Malaysia (PPM) tampil memberi penjelasan berhubung tindakan mereka yang mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan garis panduan bagi memperkukuh ketelusan kutipan dan pengagihan royalti muzik oleh organisasi pengurusan kolektif (CMO) gagal dikuat kuasakan bermula Januari lalu.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu industri muzik dan prihatin terhadap nasib penggiat seni selama beberapa dekad.

Menurutnya, garis panduan berkenaan wajar disokong oleh semua penggiat muzik kerana ia menambahkan kuasa penggiat muzik untuk menentukan sistem royalti yang lebih telus dan cekap berbanding sistem yang sedia ada.

"Karyawan amat kesal dengan ketiga-tiga badan tersebut kerana memilih untuk menggunakan proses mahkamah bagi menolak usaha murni kerajaan dalam menambah baik proses kutipan dan pengagihan royalti muzik.

"Pada awal 2025, ramai penggiat muzik tanah air menyambut baik pengumuman (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) Datuk Armizan (Mohd Ali) dalam majlis 'Advokasi Royalti Muzik' apabila beliau mengumumkan bahawa garis panduan tersebut akan dikuatkuasakan sebagai jalan penyelesaian terbaik bagi semua aduan penggiat muzik selama beberapa dekad.

"Malangnya, kegembiraan itu hanya seketika. Bukan sahaja ketiga-tiga badan kutipan royalti tersebut memboikot majlis pengumuman menteri, malah mereka memfailkan semakan kehakiman di mahkamah untuk mengetepikan garis panduan berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada masa sama, Freddie turut membangkitkan persoalan sama ada tindakan mengheret kerajaan ke mahkamah mendapat persetujuan dan pandangan daripada ahli menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Katanya, garis panduan yang mahu diperkenalkan itu sepatutnya disokong penuh kerana ia mampu memberi lebih kuasa kepada penggiat muzik untuk menentukan sistem kutipan dan pengagihan royalti yang lebih telus serta cekap berbanding sistem sedia ada.

"Akibatnya, garis panduan yang sepatutnya berkuat kuasa pada Januari tahun ini terpaksa ditangguh sehingga kes tersebut selesai, satu proses yang mungkin memakan masa yang lama.

"Sementara itu, penggiat muzik terpaksa menerima hakikat bahawa tidak akan ada sebarang perubahan atau penambahbaikan pada sistem sedia ada sehingga kes mahkamah itu selesai," katanya.

Pada 13 Oktober lalu media melaporkan penguatkuasaan garis panduan terbabit masih tertangguh susulan tindakan semakan kehakiman yang difailkan tiga badan berkenaan.

Armizan dipetik berkata, tiga CMO terbabit ialah MACP, PPM dan RPM yang memfailkan tindakan mahkamah itu pada 16 April 2025.

Menurutnya, pendengaran substantif bagi semakan kehakiman berkenaan dijadualkan berlangsung pada 24 November ini.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai mekanisme Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi memastikan kutipan, pengiraan dan pengagihan royalti oleh CMO dilaksanakan secara telus serta boleh diaudit, termasuk hak pemegang hak cipta untuk menyemak asas pengiraan royalti yang diterima pada sesi soalan lisan di Dewan Rakyat.

Untuk rekod, MACP mewakili pencipta muzik, manakala RPM mewakili artis dan pemuzik rakaman, sementara PPM mewakili syarikat rakaman.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 21:41 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 21:02 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    21:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.