
Keputusan rayuan Senegal diketahui hujung November
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Lausanne: Keputusan rayuan Senegal terhadap tindakan melucutkan gelaran juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) tahun ini dijangka diketahui pada penghujung November depan, menurut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). (Harian Metro, 22:03)
Read the reporting
1 report
Keputusan rayuan Senegal diketahui hujung November
Lausanne: Keputusan rayuan Senegal terhadap tindakan melucutkan gelaran juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) tahun ini dijangka diketahui pada penghujung November depan, menurut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
CAS dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan keputusan lengkap berserta alasan perundangan yang dikenali sebagai CAS Award, selepas mendengar hujah Senegal, Maghribi dan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) pada 8 Oktober lalu.
"Proses ini memerlukan beberapa minggu, dengan CAS Award dijangka dikeluarkan pada penghujung November 2026," menurut kenyataan itu.
Senegal mengemukakan rayuan selepas CAF memutuskan untuk memberikan gelaran juara kepada Maghribi, walaupun Senegal menewaskan tuan rumah 1-0 menerusi masa tambahan pada final di Rabat, Januari lalu.
Kontroversi tercetus apabila pemain Senegal meninggalkan padang selama 14 minit selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Maghribi pada penghujung masa permainan sebenar.
Beberapa pemain Senegal turut menuju ke bilik persalinan sebagai tanda bantahan sebelum kembali menyambung perlawanan.
Maghribi bagaimanapun gagal menyempurnakan sepakan penalti itu, sekali gus menyaksikan perlawanan berlanjutan ke masa tambahan sebelum Senegal menjaringkan gol kemenangan.
Namun, dua bulan kemudian, Lembaga Rayuan CAF memutuskan Senegal dianggap menarik diri daripada perlawanan susulan tindakan meninggalkan padang, sekali gus membatalkan keputusan asal dan memberikan kemenangan 3-0 kepada Maghribi.
Senegal kemudian membawa kes itu ke CAS pada 25 Mac lalu dengan mempertikaikan keputusan berkenaan, antaranya berdasarkan hujah bahawa keputusan pengadil adalah muktamad dan perlawanan dibenarkan diteruskan sehingga tamat.
Ketua Pengarah CAS, Matthieu Reeb sebelum ini mengakui penantian keputusan itu panjang buat penyokong kedua-dua pasukan.
Beliau berkata, perbincangan ketika pendengaran rayuan lebih tertumpu kepada aspek prosedur dan perundangan selepas fakta kejadian dikenal pasti.
Panel CAS diketuai pakar undang-undang sukan dari Perancis, Gerald Simon, dibantu profesor undang-undang antarabangsa dari Itali, Luigi Fumagalli, serta peguam dan profesor undang-undang Universiti Zurich yang berpangkalan di Hamburg, Ulrich Haas.
Keputusan CAS yang dikenali sebagai award mempunyai nilai perundangan seperti penghakiman mahkamah negara dan boleh dikuatkuasakan mengikut keadaan, termasuk melalui badan sukan atau mahkamah negara berkaitan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro22:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.