
Kerajaan digesa tubuh Yayasan Teksi Malaysia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PUTRAJAYA: Kerajaan digesa menubuhkan Yayasan Teksi Malaysia bagi menyelaras usaha kebajikan, bantuan kecemasan dan perlindungan sosial untuk warga industri teksi di seluruh negara. (Utusan Malaysia, 18:17)
Read the reporting
1 report
Kerajaan digesa tubuh Yayasan Teksi Malaysia
PUTRAJAYA: Kerajaan digesa menubuhkan Yayasan Teksi Malaysia bagi menyelaras usaha kebajikan, bantuan kecemasan dan perlindungan sosial untuk warga industri teksi di seluruh negara.
Presiden Teksi Malaysia, Kamarudin Hussain berkata, penubuhan yayasan itu antara cadangan utama industri yang diharap dapat dipertimbangkan kerajaan bagi memperkukuh kedudukan ekonomi dan kebajikan pemandu teksi.
Beliau berkata, pemberian bantuan khas secara sekali bayar (one-off) RM1,000 kepada pemandu teksi membuktikan kebajikan golongan itu masih mendapat perhatian kerajaan.
“Bantuan berkenaan bukan sekadar sumbangan kewangan, malah membawa mesej bahawa kebajikan pemandu teksi terus diberi perhatian dalam agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat di bawah Kerajaan MADANI.
“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook atas perhatian dan keprihatinan terhadap kebajikan pemandu teksi melalui inisiatif bantuan one-off RM1,000,” katanya ketika ditemui hari ini.
Katanya, beliau turut menggesa kerajaan meneruskan usaha peremajaan teksi, memperkenalkan skim insurans teksi yang lebih berpatutan serta menilai semula kadar dan mekanisme subsidi bahan api bagi membantu mengurangkan kos operasi pemandu.
Kamarudin berkata, kerajaan juga perlu memastikan semua pemandu teksi yang layak menerima bantuan tidak tercicir, termasuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
Mengulas mengenai bantuan RM1,000 itu, beliau berkata, pihaknya menghargai inisiatif berkenaan kerana berbeza daripada bantuan terdahulu yang menurutnya menggunakan wang rakyat melalui sistem percukaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Kami berterima kasih kepada kerajaan hari ini kerana bantuan one-off RM1,000 yang diberikan ini bukanlah wang yang berasal dari poket kami seperti yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
“Dahulu bantuan yang diberikan kepada kami adalah duit kami sendiri yang diambil melalui sistem percukaian (GST),” katanya. – UTUSAN
The post Kerajaan digesa tubuh Yayasan Teksi Malaysia appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia18:17
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.