Malaysian Attention Engine
Live wire
551MDB wins appeal for fresh hearing on US$3.7bil judgment against Jho Low, father52Saman fitnah: Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Teresa Kok50Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan47Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan46Rapid KL sedia 85 bas khas sempena Grand Prix Malaysia42General : Dzulkefly: M'sia Pushes For ASEAN Self-reliance In Essential Medicines Amid Global Supply Chain Risks42World : UN Food Agency Cuts Gaza Assistance By One-Third Amid Funding Shortages39Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar38General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games35Natasha terlepas pertahan gelaran, raih perak
NewConfirmedupdated 1 h ago

Kerajaan disaran gubal undang-undang jamin peruntukan disalur kepada semua Ahli Parlimen

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 16:59 MYTLatest activity 19 Oct, 17:10BMconfidence 80%

What happened

Kerajaan disaran gubal undang-undang jamin peruntukan disalur kepada semua Ahli Parlimen (Harian Metro, 16:59)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Kerajaan disaran gubal undang-undang jamin peruntukan disalur kepada semua Ahli Parlimen

By Nuratikah Athilya Hassan · 19 Oct, 16:59 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menggubal undang-undang bagi menjamin peruntukan kawasan disalurkan kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berkata jumlah peruntukan itu perlu ditentukan berdasarkan formula berkadar bagi memastikan pengagihan yang adil dan saksama.

Katanya, ketiadaan undang-undang atau garis panduan yang menjamin peruntukan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira kecenderungan politik antara kekurangan perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027.

"Langkah ini selaras dengan konsep waad nasional yang menekankan amanah dan tanggungjawab pemerintah untuk berlaku adil serta melakukan terbaik kepada rakyat selepas diberikan mandat.

"Waad ini bukan hanya berpaksikan kuasa, tetapi perlu dipagari dengan amanah. Apabila rakyat memberikan mandat kepada kerajaan, siapa pun menjadi pemerintah, maka pemerintah itu mempunyai tanggungjawab dan obligasi untuk berlaku adil serta melakukan yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Isu berkenaan turut dibangkitkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, yang sebelum ini menggesa kerajaan menggubal undang-undang bagi menjamin peruntukan yang saksama kepada semua Ahli Parlimen tanpa diskriminasi politik.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Damansara berkata, undang-undang itu dapat menghapuskan budi bicara politik dalam pemberian peruntukan, selain menjamin ketelusan dan melindungi hak semua pengundi di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu selaras dengan janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan peruntukan pembangunan yang saksama diberikan kepada semua Ahli Parlimen.

Mengulas lanjut, Syahredzan yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, berkata jumlah peruntukan kepada setiap Ahli Parlimen bagaimanapun tidak seharusnya disamaratakan kerana saiz kawasan dan jumlah pengundi berbeza.

Beliau memberi contoh kawasan Parlimen Bangi yang mempunyai lebih 300,000 pengundi dan kira-kira 700,000 penduduk, berbanding kawasan lain yang hanya mempunyai separuh atau satu pertiga daripada jumlah pengundi di kawasan itu.

"Jika Bangi diberikan peruntukan yang sama seperti kawasan lain, keadaan itu juga akan mewujudkan ketidakadilan kerana pengundi di Bangi terpaksa menerima jumlah peruntukan yang lebih rendah berbanding kawasan lain, jika dibuat pengiraan secara kasar.

"Justeru, saya menggesa kerajaan supaya menggubal undang-undang bagi menjamin peruntukan kepada semua Ahli Parlimen, tetapi jumlahnya perlu ditentukan mengikut formula berkadar bagi menjamin kesaksamaan dan keadilan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Syahredzan turut mencadangkan agar sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan semula kerana ia dijangka memberi kesan kepada lebih 900,000 perniagaan yang perlu berdaftar dan mengutip cukai.

Katanya, jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding kira-kira 132,000 perniagaan yang berdaftar di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ketika ini.

"Pelaksanaan GST juga akan membebankan perniagaan kecil yang perlu menguruskan tuntutan bayaran balik cukai, selain mengenakan cukai secara langsung kepada pengguna.

"Walaupun ada perniagaan yang menanggung kos input SST mungkin lebih cenderung memilih GST, pengguna dijangka menanggung kesan lebih besar sekiranya sistem cukai itu dilaksanakan semula," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow
Latest 17:50 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 16:59 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.