
Kerajaan tambah bas, komuter di JB menjelang pembukaan RTS Link
Only social or community posts, or a single source.
What happened
RTS Link adalah projek penting antara Malaysia dan Singapura yang akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura. KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah laluan dan kekerapan bas henti-henti serta meningkatkan kekerapan KTM Komuter di Johor Bahru menjelang pembukaan Sistem Transit Rapid (RTS Link) Johor Bahru-Singapura. (Free Malaysia Today, 16:10)
Read the reporting
1 report
Kerajaan tambah bas, komuter di JB menjelang pembukaan RTS Link
RTS Link adalah projek penting antara Malaysia dan Singapura yang akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura. KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah laluan dan kekerapan bas henti-henti serta meningkatkan kekerapan KTM Komuter di Johor Bahru menjelang pembukaan Sistem Transit Rapid (RTS Link) Johor Bahru-Singapura.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan turut menyediakan perkhidmatan Grab Shuttle di kawasan tumpuan bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya itu.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata kerajaan juga bersetuju melaksanakan Sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (e-ART) sebagai penyelesaian utama kepada masalah kesesakan di Johor Bahru.
“Kesesakan lalu lintas di Johor Bahru mesti ditangani segera,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
RTS Link adalah projek penting antara Malaysia dan Singapura yang akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura.
Anwar berkata langkah itu sebahagian daripada pendekatan kerajaan untuk memastikan pembangunan setiap negeri dilaksanakan mengikut keperluan masing-masing, selain menangani masalah yang sekian lama membelenggu rakyat.
Di Pulau Pinang, beliau mengumumkan Khazanah Nasional dan InvestPenang akan mewujudkan Dana Pelaburan Strategik RM100 juta bagi membantu syarikat semikonduktor dan pembuatan termaju pada peringkat awal pertumbuhan, sejajar usaha menjadikan negeri itu pusat kewangan teknologi negara.
Bagi Perak, pembangunan Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) akan dipergiat bagi menarik pelaburan dan mewujudkan pekerjaan, manakala Automotive Hi-Tech Valley di Tanjong Malim akan diperkukuh sebagai hab automotif serantau.
Kerajaan turut menawarkan potongan cukai bagi kos penempatan semula yang layak sehingga RM5 juta kepada syarikat vendor automotif milik tempatan sepenuhnya yang memindahkan operasi ke Tanjong Malim, bagi perbelanjaan mulai 1 Jan 2027 hingga 31 Dis 2030.
Di Melaka, kerajaan akan memperkukuh pembangunan bakat melalui Melaka Centre of Excellence yang menyediakan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berteknologi tinggi, selain melaksanakan projek pemulihan sungai dan tebatan banjir Sungai Rambai.
Bagi Negeri Sembilan, pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 akan disokong melalui pembinaan jalan baharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bandar Enstek, naik taraf Jalan Pajam-Nilai-Salak serta pelaksanaan Projek Klang Valley Dual Track 2.
Di Pahang, kerajaan akan menyokong pembangunan di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), termasuk pembangunan industri berat di Bentong dan perumahan rakyat berhampiran stesen KotaSAS.
Bagi Perlis, pembangunan infrastruktur di Lembah Chuping dan NCER Agribio Economic Zone akan diteruskan bagi membuka peluang pekerjaan serta perniagaan, selain melengkapkan Pelabuhan Darat Perlis dengan mesin pengimbas untuk melancarkan perdagangan dan memperkukuh keselamatan sempadan.
Di Kedah, kerajaan akan terus memperkukuh Kulim Hi-Tech Park sebagai pusat pelaburan semikonduktor, di samping memberi keutamaan kepada Projek Tanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi meningkatkan hasil dan pendapatan pesawah.
Sementara itu, Terengganu akan terus dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan melalui naik taraf Setiu Wetlands, Tasik Kenyir, Pulau Tenggol dan Pulau Bidong.
Kerajaan juga akan membina Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan rangkaian paip pembetungan di bandar Kuala Terengganu bagi meningkatkan kemudahan asas penduduk.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today16:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.