Malaysian Attention Engine
Live wire
53Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi44AFC denda FAM, Israfilov digantung 2 perlawanan44General : Budget 2027: LINDUNG 24 Jam, LINDUNG Kendiri Contributors Eligible For Up To RM150 Tax Relief41Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar36Firefly cancels Subang-Seletar flights over haze concerns36Sport : FA Cup: Kuching City Crushes Kelantan City 4-1 To March Into Semi-Final35Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok35CEO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusof meninggal dunia35Man United, Tottenham terdesak menang35Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM35Jerebu: Malaysia tunggu maklum balas Indonesia berhubung bantuan - Ahmad Zahid35Ronaldo terima padah akibat ikut emosi
NewConfirmedupdated 3 h ago

Kerugian akibat bencana di Malaysia turun kepada RM636.9 juta - TPM Zahid

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
no previous hour
Momentum
23
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 15:01 MYTLatest activity 11 Oct, 15:20BMconfidence 56%

What happened

IPOH: Kerugian akibat bencana di Malaysia menurun kepada RM636.9 juta pada 2025 berbanding RM933.4 juta pada 2024 hasil kesiapsiagaan awal dan tindakan mengurangkan risiko bencana. (Berita Harian, 15:20)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Kerugian akibat bencana di Malaysia turun kepada RM636.9 juta - TPM Zahid

By Kumaran Rajamoney · 11 Oct, 15:20 MYT

IPOH: Kerugian akibat bencana di Malaysia menurun kepada RM636.9 juta pada 2025 berbanding RM933.4 juta pada 2024 hasil kesiapsiagaan awal dan tindakan mengurangkan risiko bencana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kesiapsiagaan perlu menjadi keutamaan dalam usaha melindungi nyawa dan mengurangkan kerugian ekonomi akibat bencana.

"Matlamat utama kita bukan sahaja untuk menyelamatkan nyawa, tetapi juga melindungi kediaman, menjaga mata pencarian serta hasil usaha rakyat.

"Dalam hal ini, sistem amaran awal memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat mendapat maklumat dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Ukuran kejayaan kita bukan sekadar keupayaan bertindak ketika bencana berlaku, tetapi sejauh mana kita mampu melindungi nyawa dan mengurangkan kerugian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 di Ipoh Convention Centre (ICC), di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, risiko bencana boleh terbentuk sejak bertahun-tahun lebih awal antaranya akibat pembangunan yang tidak mengambil kira aliran air, sistem saliran yang tidak seiring dengan pertumbuhan bandar serta penempatan di kawasan berisiko.

Justeru, katanya, pendekatan mengurangkan risiko perlu diberi perhatian dalam perancangan guna tanah, pembangunan bandar, pengurusan sungai serta pembinaan perumahan dan infrastruktur.

Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kerugian akibat bencana pada 2025 berjumlah RM636.9 juta dengan RM380.2 juta membabitkan aset awam dan infrastruktur.

Dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan, Ahmad Zahid berkata, sistem amaran awal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) membantu pihak berkuasa mengenal pasti kawasan berisiko dan menyampaikan maklumat kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membolehkan tindakan awal diambil, termasuk memaklumkan penduduk supaya membuat persediaan atau berpindah jika perlu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:0018:00
Latest 18:18 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
11 Oct, 15:20 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Kerugian akibat bencana di Malaysia turun kepada RM636.9 juta - TPM Zahid · Malaysian Attention Engine