Kes Aamina: Pemimpin PKR desak AGC jelaskan perbezaan pertuduhan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) digesa menjelaskan asas pemilihan pertuduhan terhadap pemandu e-hailing yang didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian penuntut warga Maldives, Aamina Imeely Nazim, 22, dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).Timbalan Setiausaha Agung merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), G Sivamalar berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan negara terus terpelihara, khususnya berhubung perbezaan pendekatan pendakwaan dalam kes kemalangan maut.M (Sinar Harian, 14:25)
Read the reporting
1 reportKes Aamina: Pemimpin PKR desak AGC jelaskan perbezaan pertuduhan
SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) digesa menjelaskan asas pemilihan pertuduhan terhadap pemandu e-hailing yang didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian penuntut warga Maldives, Aamina Imeely Nazim, 22, dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).Timbalan Setiausaha Agung merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), G Sivamalar berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan negara terus terpelihara, khususnya berhubung perbezaan pendekatan pendakwaan dalam kes kemalangan maut.Menurutnya, persoalan berbangkit bukanlah tuntutan supaya semua kes kemalangan maut dikenakan pertuduhan sama, sebaliknya keperluan memahami prinsip perundangan dan fakta yang membezakan setiap keputusan pendakwaan."Sebagai seorang peguam, saya memahami bahawa sesuatu pertuduhan tidak boleh ditentukan semata-mata berdasarkan akibat kemalangan atau kemarahan masyarakat."Kesalahan membunuh memerlukan elemen undang-undang dan keterangan yang mencukupi. Namun, masyarakat berhak mengetahui apakah perbezaan material dari sudut fakta dan keterangan yang menjadi asas kepada keputusan pendakwaan dalam kes Aamina," katanya dalam satu kenyataan.Pada 8 Oktober lalu, Muhamad Syafiq Ibrahim, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam terhadap tiga pertuduhan berkaitan kemalangan berkenaan, termasuk memandu di bawah pengaruh methamphetamine sehingga menyebabkan kematian Aamina.Tertuduh turut didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang lagi penumpang warga Maldives, selain memandu tanpa cermat dan perhatian sewajarnya sehingga menyebabkan kemalangan serta kecederaan.Bagi pertuduhan menyebabkan kematian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000 jika sabit kesalahan.Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun mahkamah membenarkan jaminan keseluruhan RM9,000 dengan seorang penjamin serta menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai.Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Disember ini.Sivamalar berkata, beberapa kes terdahulu yang menyaksikan pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan menimbulkan persoalan mengenai pertimbangan yang digunakan dalam menentukan jenis pertuduhan bagi kes kemalangan maut.Antaranya, kes R Saktygaanapathy yang didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar dalam kemalangan di Klang pada April 2026 serta R Alex yang berdepan dua pertuduhan membunuh susulan kematian dua remaja perempuan di Teluk Intan pada Julai tahun sama.Beliau turut merujuk kes Low Kean Peng di Klang yang menurut kenyataannya, menyaksikan pertuduhan berkaitan Akta Pengangkutan Jalan pada awalnya digantikan dengan pertuduhan membunuh selepas seorang mangsa meninggal dunia."Budi bicara pendakwaan mesti dipandu oleh undang-undang dan bukti, bukannya tekanan politik, pengaruh pihak tertentu atau sentimen yang tercetus selepas sesuatu kes menjadi tular," katanya.Beliau berkata, Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang berkaitan.Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan kuasa itu perlu mengambil kira kepentingan awam dan keperluan memelihara keyakinan rakyat terhadap institusi pendakwaan.Sehubungan itu, Sivamalar menggesa AGC menjelaskan asas pemilihan pertuduhan dan pertimbangan di sebalik cadangan jaminan dalam kes berkenaan, tanpa menjejaskan prosiding mahkamah yang sedang berjalan.Beliau turut mengingatkan bahawa Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang."Prinsip ini tidak bermaksud setiap kes mesti menerima pertuduhan serupa, tetapi setiap keputusan perlu berasaskan pertimbangan objektif, bukti yang relevan dan layanan yang tidak memihak."Ketelusan bukan campur tangan terhadap kebebasan pendakwaan. Ketelusan ialah asas untuk memastikan kuasa yang besar tidak menimbulkan keraguan terhadap institusi keadilan," katanya.Menurut Sivamalar, kematian Aamina yang datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu tidak seharusnya dipandang ringan hanya kerana mangsa bukan warganegara Malaysia.Tegasnya, keluarga mangsa dalam setiap kes berhak mendapat keadilan berdasarkan undang-undang, tanpa bergantung pada tahap perhatian media atau reaksi masyarakat."Negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang tidak boleh membiarkan timbulnya persepsi bahawa kekuatan sesuatu kes bergantung pada siapa mangsanya atau sebesar mana kemarahan rakyat."Nyawa bukan ukuran populariti dan keadilan tidak boleh mempunyai dua darjat," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian14:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.