Malaysian Attention Engine
Live wire
49General : Prioritise Mental Health, Seek Help When Feeling Stressed - Fahmi48Malaysia, Mesir meterai empat MoU perkukuh kerjasama dua hala45Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok44General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings44General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon44General : JKR Extends Streetlight Operating Hours During Haze - Ahmad Maslan42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar40Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202740MB N Sembilan akan hadapi usul tidak percaya?40'Saya hanya mampu menyebut 'Ya Allah, anak aku''39Belanjawan 2027: Kesejahteraan rakyat, keamanan dan ekonomi jadi keutamaan - Saifuddin Nasution38World : Strong 7.7 Magnitude Earthquake Strikes Panama
NewConfirmedupdated 43 min ago

PRN Melaka: Rundingan Pas-BN capai persetujuan asas - Abdul Hadi

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
47
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 17:20 MYTLatest activity 10 Oct, 17:39BMconfidence 79%

What happened

KUALA TERENGGANU - Rundingan kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan perkembangan positif dan telah mencapai persetujuan asas.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun proses pembahagian kerusi dan pemilihan calon masih dalam peringkat perbincangan sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat."Pada dasarnya, sebahagian besar rundingan sudah mencapai persetujuan. Bagaimanapun, jumlah kerusi masih dalam perbincangan dan calon-calon juga akan dibincangkan," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Per (Sinar Harian, 17:20)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

PRN Melaka: Rundingan Pas-BN capai persetujuan asas - Abdul Hadi

By NORHASPIDA YATIM · 10 Oct, 17:20 MYT

KUALA TERENGGANU - Rundingan kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan perkembangan positif dan telah mencapai persetujuan asas.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun proses pembahagian kerusi dan pemilihan calon masih dalam peringkat perbincangan sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat."Pada dasarnya, sebahagian besar rundingan sudah mencapai persetujuan. Bagaimanapun, jumlah kerusi masih dalam perbincangan dan calon-calon juga akan dibincangkan," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang di Jalan Pusara di sini pada Sabtu.Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor.Sebelum ini pada Jumaat, Perikatan Nasional (PN) mengesahkan bakal bertanding lebih empat kerusi dalam PRN Melaka yang dijadualkan bulan depan.Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, memaklumkan perkara terbabit ada dibincangkan dalam mesyuarat kerjasama dengan BN dan menjangkakan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat menerusi perbincangan bersama UMNO dan BN.Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, pendekatan kerjasama politik perlu mengambil kira keadaan serta keperluan di setiap negeri termasuk Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.Tambah beliau, senarai nama calon yang dicadangkan akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan daripada Majlis Syura Ulama Pas.Dalam pada itu, mengulas mengenai Belanjawan 2027 yang dibentangkan semalam, Abdul Hadi menyatakan bahawa Pas mempunyai pandangan berbeza terhadap beberapa perkara, merangkumi aspek yang dipersetujui serta isu yang perlu diperhalusi.Menurut beliau, pendirian rasmi parti berhubung belanjawan itu akan dijelaskan secara terperinci menerusi sesi perbahasan di Parlimen dalam tempoh empat minggu akan datang."Antara perkara yang turut menjadi tumpuan perhatian ialah kemungkinan kenaikan gaji memberi kesan kepada inflasi, sekali gus meningkatkan beban kos sara hidup rakyat."Kerajaan perlu memberi perhatian kepada langkah mengawal inflasi, khususnya membabitkan harga barangan keperluan," katanya.Selain itu, beliau turut menekankan bahawa penguasaan pasaran oleh syarikat besar atau amalan kartel dalam sektor tertentu juga perlu ditangani bagi memastikan harga barangan tidak terus membebankan pengguna.Kompleks DUN Ladang yang dirasmikan itu dibina dengan kos sebanyak RM1.5 juta.

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 3 independent sources, 3 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47NEWnow
Latest 17:55 MYT
47New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source

Where it started

Sinar Harian (News)
10 Oct, 17:20 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    17:20

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Sinar Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.