
Kes bunuh, kerat wanita di Sepanggar: Mahkamah tetapkan perbicaraan 17 hari bermula 14 Disember
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KOTA KINABALU: Mahkamah menetapkan perbicaraan terhadap seorang lelaki yang didakwa membunuh wanita yang mayatnya ditemukan dikerat di Sepanggar, dekat sini Februari lalu selama 17 hari bermula 14 Disember depan. (Berita Harian, 15:21)
Read the reporting
1 report
Kes bunuh, kerat wanita di Sepanggar: Mahkamah tetapkan perbicaraan 17 hari bermula 14 Disember
KOTA KINABALU: Mahkamah menetapkan perbicaraan terhadap seorang lelaki yang didakwa membunuh wanita yang mayatnya ditemukan dikerat di Sepanggar, dekat sini Februari lalu selama 17 hari bermula 14 Disember depan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menetapkan perbicaraan terhadap tertuduh, Piluta Samad, 72, berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini.
Pihak pendakwaan dijangka memanggil 35 saksi sepanjang perbicaraan berkenaan.
Mahkamah turut menetapkan 16 November bagi pengurusan kes praperbicaraan dan mengarahkan supaya pernyataan saksi diserahkan selewat-lewatnya pada 30 November.
Piluta sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh itu di Mahkamah Tinggi di sini, pada 14 September lalu.
Dia didakwa membunuh Hamidah Husin@Lisa, 44, antara 6 petang hingga 7 malam pada 11 Februari lalu, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar di sini.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun.
Sekiranya hukuman mati tidak dikenakan, pesalah lelaki berumur bawah 50 tahun juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Sabah, Naziah Mokhtar serta barisan Timbalan Pendakwa Raya Samira Khalili dan Ronnie Anthony.
Piluta diwakili peguam, Datuk Ram Singh, Joan Goh, Ian Vun, Prem Elmer Ganasan dan Prabjit Singh Gill.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.